30 November 2011
bila dapat durian runtuh


Durian runtuh apanye. Bau durian pun tak sanggup,ni pulak nak makan durian. Tak tahulah kot nanti mengidam nak makan durian tak tahulah kan. Nasib baik boipren macam tak berapa suka sangat kot. Janji ada pisang.
Sebenarnya bukan durian runtuh sangat pun lah. Duit gaji bulan ini lebih sikit. Tak tahulah kira macam mana. Dah orang bagi lebih kita amik lah. Aku dapat lebih sebab aku tak amik cuti. Means boleh aku nak beli wallet charles&keith pulak. Gaji banyak ni pun macam tak tentu arah nak beli, tah macam mana kalau 5tahun lagi. Akak dekat opis tu dekat 6kot gaji dia setelah 7tahun berkecimpung dalam dotnet. Tah aku berapa pulak. Sebab dia pesan abis projek ni blah tempat lain leh demand. Cuma aku tak berapa nak yakin sangat. Yelah software developer kot. Poyo nama macam hebat. Tapi pergi kerja selekeh jek. Bila fikir balik tengok kawan lain, aku time belajar result tak lah gempak. Tapi rezeki kan. Mana nak tau. De kawan tu macam tak puas hatilah title aku. Dia belajar hebat. Aktif persatuan tapi tah. Risik gaji aku berapa lah tu lah ni lah. Alar nak tau aku cakap je lah. Janji cukup pakai, makan minum yang dah makin bum bum ni. Sape suruh boipren tak balik. Memang tak jaga badan lah kan.
p/s: harap sempat kumpul duit nak kawen lagi 3-4tahun. Harap 28-29 tak tua sangat lah nak kawen. Yang penting boipren kena kasi graduate dulu baru lah syiok amik gambar konvo ada bini letak frame dekat rumah. Berangan tak abis~
bila umur dah meningkat, tulang rapuh
Susu sangat baik untuk tulang. Lagi untuk aku. Duduk seharian mengadap pc,kadang tu sakit tulang. Rasa lenguh lah pe lah. Time drive pun penat belakang. Susu ni beli lama dah. Nak minum je tak tau bila. Memandang budget dah habis sebab beli handbag, terpaksa lah minum susu. Konon untuk kenyang. Dekat pembalut ini tulis untuk pembentukan tulang dalam masa 4minggu. Tulang tang mana nak membentuk tah. Ni dia suggest minum empat sudu. Untuk permulaan aku nak try lah 1setengah sudu dulu. Takut tekak manja ni mengada. Tapi kalau sejuk lagi suka nak minum. Alar kotak yang kecik kecik tu. Comel je. Tak puas minum kot. Tapi mahal rasanya. Baik beli dutch lady kids. Baru rasa comels.
Konon nak ambik feel minum susu, letak dalam bekas cantik. Tapi kalau dah tekak tu kebulur nak nasi gak kadang tu, tak leh nak cakap apalah. Kita tengok dalam masa 4minggu kuat tak tulang aku.
p/s: orang cakap minum susu gemuk. Kalau nanti aku minum,aku gemuk sila salahkan susu. Bukan salah badan aku yang sedang berkembang ni.




