22 September 2011

demi masa depan yang lebih baik

di taip oleh Myee at Thursday, September 22, 2011 0 pujaan hati
Hari ini hari ke4 training. Untuk sijil oracle.. Rasa macam dah tak tahan. Tapi kena bertahan juga. Yelah nak sijil ni kat luar mau ribu kot. Dekat sini free dan hujung bulan kau dapat gaji sebanyak RM*k.. Kena tahan otak dan segalanya. Tapi bila dah sayang nak guna otak, memang aku tak buat lah. Takut haus otak aku. Aku coding facebook je lah..

Tahla bagi aku susah kot menda ni sebab tak berapa nampak hasil dia. Tengok output dekat command prompt. Memang la tak best. Masa kecik tengok cerita pe tah orang tu tekan tekan dekat screen hitam,pastu tengok.macam hebat dan best. Tapi bila dah terlibat dalam situasi tu rasa biasa je. Kadang sampai pecah kepala buat. Tapi demi masa depan dan wang ringgit, aku gagahi jua

P/s: Mr KA dapat sambung belajar. Tak sabar nak tengok dia struggle!
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 September 2011

Selasa yang sedih

di taip oleh Myee at Tuesday, September 13, 2011 0 pujaan hati
Sekarang ini sudah tau ada orang yang dikenali baca belog mungkin rasa segan untuk luahkan hati dekat sini. takut tersalah tulis ke, terkata bukan-bukan. tapi dekat siapa lagi nak di luahkan kalau bukan dekat sini. yelah hidup kita semua tak sama. ada bahagian yang sangat membahagiakan. ada bahagian sangat menyedihkan cuma cara untuk kita teruskan hidup untuk hadapinya. tapi aku rasa aku tak sekuat dan setabah untuk hadapi apa yang aku alami sekarang. mungkin perlukan seseorang untuk berkongsi. teman sebantal ketika susah dan senang sudah tiada. masing-masing meneruskan kehidupan yang tidak begitu indah untuk dikecapi bersama orang tersayang. bilakah semua ini akan berakhir? adakah pengakhiran ini akan membahagiakan atau menyedihkan. semuanya telah tertulis.

semoga tabah menjalani hari-hari mendatang
p/s: lama tak sebut mr KA. dia pun sudah start baca belog ini lepas tu gelak-gelak macam apa je..memang nak kena piat telinga tu.

Sijil titikjaring

di taip oleh Myee at Tuesday, September 13, 2011 0 pujaan hati



setelah bertungkus lumus selama 10 hari 10 malam, dapat juga aku selesaikan training titik jaring atau dikenali sebagai DOTNET. Banyak benda yang aku kena belajar selama 10hari tu. Puas jugak lah mengadap code-code yang aku tak berapa nak faham. kalau SQL tu setakat create , insert, delete , update, drop , truncate tu je lah aku reti. kalau dah masuk join lah pe lah, memang fail. mana tak masa belajar database dulu pun repeat. asyik tiru orang je. sekarang aku berkecimpung dalam bidang tu.

betul lah cakap orang. makin kita tak suka dekat orang tu, makin orang tu yang datang dekat. macam aku tak suka sangat dengan programming ni. alik-alik itulah rezeki aku. nak buat macam mana. itulah yang aku kena hadap hari-hari.

belajar asp ni, senang je. tak susah sangat lah. drag-drag tulis code sikit, siap. nak keluarkan report pun senang. tak payah kau nak buat coding yang panjang bagai. macam jenis rupa report pun boleh keluar. kalau lah aku tau sesenang itu, kompem final year project aku, aku buat system. tapi biasalah, bukan jodoh aku. kalau dulu aku buat sistem, mesti sekarang aku kerja part design. hahaha..tapi takpelah..aku bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikurniakan. terima kasih

p/s : I have .NET certification.. next oracle pulak..tak sabarnya..

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com