29 September 2011

cerita pasal hati lagi

di taip oleh Myee at Thursday, September 29, 2011 0 pujaan hati
minggu ini mungkin minggu yang tak berapa nak bertuah kot sebab hati ini selalu sedih. mengapa hati ini sedih pun sebab apa pun tak tahu. mungkin banyak benda yang berlaku. mungkin banyak benda yang tak di luahkan itu jadi macam ini. bukan apa, untuk apa kita bercerita sekadar untuk menambahkan lagi kekecewaan dan kesedihan. biarlah hanya hati ini yang mengerti.

wahai hati janganlah kau terlalu menyimpan semua kekecewaan dan kesedihan, kelak hati ini makin parah dan semakin tawar, hilanglah semua perasaan. biarlah kita mencipta dunia kita sendiri. mungkin ia akan lebih bahagia akhirnya. janganlah terlalu mengongkong kerana suatu masa nanti ia akan cuba melepaskan diri lalu memberontak. biarlah masa berlalu tapi aku tetap akan berusaha tabahkan hati menjalani kehidupan begini sampai bila-bila andainya tiada sesiapa yang memahami....


p/s: aku sendiri tak faham apa yang aku tulis. aku tulis ikut hati, perasaan dan sewaktu dengannya. jiwa aku kacau dengan coding. tu jadi macam ni.

27 September 2011

susu jagung sedap

di taip oleh Myee at Tuesday, September 27, 2011 1 pujaan hati

sebenarnya rindu ais jagung dekat dungun tapi jumpa susu jagung pun jadilah. So terubat rindu dendam dekat dungun. Tapi minum ni teringat FT. Memang selalu la aku nak beli. Tapi kecik sangat. Tak puas pulak sedut. Lagi-lagi ada yang sibuk nak jugak rasa memang tak puas lah kan. Okbai
Published with Blogger-droid v1.7.4

25 September 2011

cerita pasal hati

di taip oleh Myee at Sunday, September 25, 2011 0 pujaan hati
hati ni tahla..kadang tu rasa macam putus asa je. Tapi bila fikirkan hari mendatang, terpaksa bersabar. Takut makin tak tahan makin bosan.. Susah untuk di mengerti apa yang aku inginkan. Bukan wang ringgit tapi sebuah perasaan yang hmmmm..tah. Susah untuk di gambarkan. Kadang tu ada je benda tak kena. Rasa macam kecewa. Bila kita mahukan, ia tiada. Bila kita tak mencari , ia datang menghampiri.

Bersabarlah wahai hati. Mungkin perasaan je kot. Jangan layan perasaan tu sangat nanti merana diri.

p/s: Mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan sempurna kelak. Semoga tabah hadapi semua rintangan bersama !
Published with Blogger-droid v1.7.4

23 September 2011

happy half century dad!

di taip oleh Myee at Friday, September 23, 2011 0 pujaan hati

Hari ini genap 50tahun umur dad. Perbezaan umur kami hanya tolak setengah je umur dad. Baru aku perasan means time aku lahir,umur dad sebaya aku. Aku? Tak kahwin lagi, apatah lagi anak. Baru je habis belajar tahun lepas, hidup pun masih terumbang ambing dan masih tidak dapat peluang untuk buat keputusan. Tapi takpelah ada jodoh, rezeki dapatlah apa yang aku impikan. Kita cuma mampu merancang. Mungkin ada yang terbaik telah tertulis untuk aku kelak.

"Semoga menjadi ayah yang terbaik dan di murahkan rezeki dan selamat dunia akhirat"

p/s: bulan ni aku rabak sebab beli hadiah besday Ipad. Nak menyimpan dari sekarang sebelum november untuk beli hadiah yang terbaik untuk diri sendiri!
Published with Blogger-droid v1.7.4
di taip oleh Myee at Friday, September 23, 2011 0 pujaan hati
Sumpah penat gila. Rasa lembik mengadap coding 9pagi sampai 9malam. Isnin sampai jumaat. Rasa otak ni dah berselirat macam wayar. Tinggal nak tercabut,habis semua memory. Belom part bila RAM otak "hang". Letih sangat-sangat bila balik letak kepala terus lelap. Bila bercinta malam pun tak tau apa aku mengarut. Yelah beria pulak dia nak cerita pasal buku tun M. Dengan cakap omputih bagai. Sudi je nak dengar tapi tak ingat pape pun.

Esok sabtu ingat boleh relax la. Tapi ade buat open house kecil kecilan pulak. So tak dapat nak relax. Bilalah semua ini akan berakhir? Ada lagi seminggu lagi. Tak tau macam mana nak hadapinya..
Published with Blogger-droid v1.7.4

22 September 2011

demi masa depan yang lebih baik

di taip oleh Myee at Thursday, September 22, 2011 0 pujaan hati
Hari ini hari ke4 training. Untuk sijil oracle.. Rasa macam dah tak tahan. Tapi kena bertahan juga. Yelah nak sijil ni kat luar mau ribu kot. Dekat sini free dan hujung bulan kau dapat gaji sebanyak RM*k.. Kena tahan otak dan segalanya. Tapi bila dah sayang nak guna otak, memang aku tak buat lah. Takut haus otak aku. Aku coding facebook je lah..

Tahla bagi aku susah kot menda ni sebab tak berapa nampak hasil dia. Tengok output dekat command prompt. Memang la tak best. Masa kecik tengok cerita pe tah orang tu tekan tekan dekat screen hitam,pastu tengok.macam hebat dan best. Tapi bila dah terlibat dalam situasi tu rasa biasa je. Kadang sampai pecah kepala buat. Tapi demi masa depan dan wang ringgit, aku gagahi jua

P/s: Mr KA dapat sambung belajar. Tak sabar nak tengok dia struggle!
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 September 2011

Selasa yang sedih

di taip oleh Myee at Tuesday, September 13, 2011 0 pujaan hati
Sekarang ini sudah tau ada orang yang dikenali baca belog mungkin rasa segan untuk luahkan hati dekat sini. takut tersalah tulis ke, terkata bukan-bukan. tapi dekat siapa lagi nak di luahkan kalau bukan dekat sini. yelah hidup kita semua tak sama. ada bahagian yang sangat membahagiakan. ada bahagian sangat menyedihkan cuma cara untuk kita teruskan hidup untuk hadapinya. tapi aku rasa aku tak sekuat dan setabah untuk hadapi apa yang aku alami sekarang. mungkin perlukan seseorang untuk berkongsi. teman sebantal ketika susah dan senang sudah tiada. masing-masing meneruskan kehidupan yang tidak begitu indah untuk dikecapi bersama orang tersayang. bilakah semua ini akan berakhir? adakah pengakhiran ini akan membahagiakan atau menyedihkan. semuanya telah tertulis.

semoga tabah menjalani hari-hari mendatang
p/s: lama tak sebut mr KA. dia pun sudah start baca belog ini lepas tu gelak-gelak macam apa je..memang nak kena piat telinga tu.

Sijil titikjaring

di taip oleh Myee at Tuesday, September 13, 2011 0 pujaan hati



setelah bertungkus lumus selama 10 hari 10 malam, dapat juga aku selesaikan training titik jaring atau dikenali sebagai DOTNET. Banyak benda yang aku kena belajar selama 10hari tu. Puas jugak lah mengadap code-code yang aku tak berapa nak faham. kalau SQL tu setakat create , insert, delete , update, drop , truncate tu je lah aku reti. kalau dah masuk join lah pe lah, memang fail. mana tak masa belajar database dulu pun repeat. asyik tiru orang je. sekarang aku berkecimpung dalam bidang tu.

betul lah cakap orang. makin kita tak suka dekat orang tu, makin orang tu yang datang dekat. macam aku tak suka sangat dengan programming ni. alik-alik itulah rezeki aku. nak buat macam mana. itulah yang aku kena hadap hari-hari.

belajar asp ni, senang je. tak susah sangat lah. drag-drag tulis code sikit, siap. nak keluarkan report pun senang. tak payah kau nak buat coding yang panjang bagai. macam jenis rupa report pun boleh keluar. kalau lah aku tau sesenang itu, kompem final year project aku, aku buat system. tapi biasalah, bukan jodoh aku. kalau dulu aku buat sistem, mesti sekarang aku kerja part design. hahaha..tapi takpelah..aku bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikurniakan. terima kasih

p/s : I have .NET certification.. next oracle pulak..tak sabarnya..

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com