30 September 2013

Panggilan

di taip oleh Myee at Monday, September 30, 2013 0 pujaan hati
Semalam pergi rumah nadia. Amik sata. Tengah duduk borak, bapak nadia balik. Laki nadia panggil bapak dia abah. Ye lah memang nadia panggil bapak dia abah. Kalau aku macam mana? KA panggil bapak dengan mak dia abah dan mak. So takde lah tergeliat aku nak menyebut nanti. Dia nak panggil bapak aku macam mana? Tergeliat terpeleot lidah dia nak panggil daddy kang! Tak dapat bayang. Aku pun panggil D jek. Nanti dia macam mana. D dengan ma!

Lepas tu dengar laki nadia bahasakan diri hafiz. Aku dengar pun nak tergelak. Yela memang nama dia hafiz. Tapi selalu panggil abang botak. Macam formal panggil nama hafiz. Kalau KA macam mana? Mak bapak aku nak panggil apa? Khairul? Anwar? Khairul anwar? Nuar? Kerol? An? Kelakar. Kalau cerita dekat kawan-kawan takde pun sebut nama. Cakap boipren jek. Lepas tu, dorang pun tak tahu nak sebut apa. Ada aku dengar nadia, een dengan yuyu panggil KA, ayus panggil nuar, siti sarah panggil noah. Aku pun tak tahu nak mention apa. Aku panggil anwar, nuar, khairul macam geli-geli. Selalu kalau pape macam panggil khairul anwar jek. 

Entah dulu-dulu sebelum kenal panggil pe tah. Aku pun dah tak ingat!

29 September 2013

Testing

di taip oleh Myee at Sunday, September 29, 2013 0 pujaan hati
Minggu lepas minggu yang panjang. Kerja isnin sampai ahad sampai malam. Ahad tu aku ada hal family. Balik pergi makan celebrate birthday dad, pukul 10 masuk ofis sambung coding.

Tido pukul 3, kol 6 lebih bangun balik rumah, kol 10 datang ofis. Sungguh tak tentu arah hidup. Isnin tido office lagi dengan berbaju kurung pulak. Pakai tudung buat kerja sampai 2-3 pagi. Memang hidup macam apa lah.

Selasa pagi bangun naik lrt checkin hotel.  Malam tu tido pukul 3 pagi.
Entah la. Macam macam perasaan ada masa tu. 
Janji dah uat, repair apa yang patut. 




Cepatlah semua ini berakhir. Lagi sikit je lagi


22 September 2013

Note

di taip oleh Myee at Sunday, September 22, 2013 0 pujaan hati





19 September 2013

1000 collection of photos

di taip oleh Myee at Thursday, September 19, 2013 1 pujaan hati

18 September 2013

Apalah nasib

di taip oleh Myee at Wednesday, September 18, 2013 0 pujaan hati

Pasal Coding lagi

di taip oleh Myee at Wednesday, September 18, 2013 0 pujaan hati


Serabut tak abis lagi. Error modul lama tak terkejar. Yela dulu buat modul latihan lom baligh lagi. Baru nak merangkak. Tapi sekarang pun dah jalan. Tapi terkedek-kedek. Yelah macam budak kecik baru nak jalan. Setahun berapa bulan baru berkecimpung. Ada part kompius. Main hentam nama nak bagi. Yela kalau ramai sangat anak, malas nak fikir, bagi jela nama apa yang ada. Lepas tu kompius nak bawak anak yang mana. Serabut betul anak ramai sangat lau macam tu. 

Moral of story; anak tak payah ramai. Nanti tak tau nak bagi nama apa. Lepas tu kalau anak ramai, leceh nak bawak berjalan. Kang ada yang tercicir, tertinggal itu ini. 

17 September 2013

Hari yang panjang

di taip oleh Myee at Tuesday, September 17, 2013 0 pujaan hati

Hari yang pack 24 september!

Uat modul aku petang dan malam. Tak tahu lah apa nasib. Buat dekat hotel tapi macam takde maknanya hidup aku. Entahlah. Macam sempat semua ni!


Cepatlah berakhir. Nak cuti panjang sementara kontrak tak sambung lagi. Kalau benti bodo gitu je takde effect kot!

16 September 2013

Bosan

di taip oleh Myee at Monday, September 16, 2013 0 pujaan hati


Boring hadap modul latihan ni. Pening dan tak paham satu apa pun dah ni. Tak tahu la.. Cepatlah semua ini berakhir

14 September 2013

Quote rezeki (24:38)

di taip oleh Myee at Saturday, September 14, 2013 0 pujaan hati

12 September 2013

di taip oleh Myee at Thursday, September 12, 2013 0 pujaan hati

11 September 2013

Pilihan dalam hidup

di taip oleh Myee at Wednesday, September 11, 2013 2 pujaan hati

10 September 2013

Rumah manis rumah

di taip oleh Myee at Tuesday, September 10, 2013 0 pujaan hati



Pandangan dari master bedroom! 


Cepatlahhh kawen. Nak duduk sini. Xnak bagi orang sewa. Nanti jahanam!!

Wordless wednesday

di taip oleh Myee at Tuesday, September 10, 2013 0 pujaan hati

08 September 2013

Note to myself

di taip oleh Myee at Sunday, September 08, 2013 0 pujaan hati

Sambungan kisah kemek secoet

di taip oleh Myee at Sunday, September 08, 2013 0 pujaan hati
Yang aku tau kalau report accident kena pergi balai polis trafik jalan bandar. Jenuh jugak lah aku drive kete member ni. Dia punya break tinggi semacam, ke time tu seat aku kedepan sangat tah. Dah la jem. Mau tekan break je lah kan. Sampai lenguh la pergelangan kaki kanan aku. Sampai depan tu akak tu mesej menyakitkan hati. Dan-dan nak setel luar. Kalau dalam 150-200 ada lah duit nak bayar. Kalau 700-800 claim insurans je lah. Tu pun gatal mulut aku bagi idea. Geram, bengang, memang masuk balai je lah buat report sebab last mesej kat akak tu "KITA SETEL BALAI". Wah gitu macam dalam drama.

Dekat luar tu ada lah kereta park banyak- banyak. Main parking je lah. Pastu tanya cinapek dekat luar tu, boleh park sini ke? Dia cakap entah. Dia pun tolong tengokkan kereta orang. Dekat tempat aku park tu ada tulisan dekat jalan tu. yang aku nampak ETA KEMAL? Yelahhh dah kete dok park dekat situ. Jenuh gak la membaca dan menghuraikan teka teki. Rupanya KERETA KEMALANGAN! Lahhhh tulis lah dekat atas jugak. Jenuh aku nak mengeja dekat situ. 

Masuk balai, isi form, terus nombor dipanggil. Yelah sampai dekat nak maghrib. Nasib baik uzur, so takdelah kalut nak macam hal. Dok cerita dengan polis pasal kejadian. Taip surat bagai menyempat tanya aku dok mana? Kerja apa? Gurau mesra pulak kan dekat situ. Dah abis taip report, kena jumpa sarjan menyempat abang polis pesan kalau pergi makan sup meletup, terserempak tu, tegurlah.. Ehh nak pulak aku tegur dia.

Jumpa sarjan cerita pasal kes tu. Dok lukis bagai macam mana kejadian berlaku. Tunjuk gambar kemek secoet, sarjan tergelak je. Pastu mula macam taknak la setel kan sebab boleh buat dekat luar berapa je, tunjuk kat polis lain, ade plak pomen pun dia cakap tak sampai 700-800. Cerita pergi perodua, dia nak tukar satu pintu, cat 1 pintu bagai lagi. Tu yang terus nak claim. Duit tu boleh beli iphone 5, ipad mini weiiii. Sarjan tu dok tengok aku. Cakap muka familiar. Duduk mana? Bts! Ohhh saya dulu duduk desa tasik. Tanya aku umur berapa. Pastu dia cakap umur aku 22 wehhh. Tanya selalu pergi sg besi area cendol sana tak? De kedai buku situ selalu pergi sana ke?? Aku kalau nampak majalah ke suratkhabar, memang de menyinggah pun. Agaknya dekat situ lah dia pernah nampak aku. Tanya sekola mana? Cakap bts. Anak dia pun sekolah situ. Pibg sana. Tanya bapa nama apa? Bangga weh nyebut M! Hahaha. Walau ejaan tak sama, bunyi sama kot. Siap aku tunjuk lagi gambar bapak aku. Femes jugak aku. Ingat nebes jumpa polis. Tapi tak pun. 


Sudahnya, ,member aku kena saman 150 dari nak bayar 700-800 repair secoet tu. sudahnya nasib ko la akak tu. 


MORAL OF THE STORY: park kereta elok-elok. Masuk tempat parking. Takpayah nak park tepi-tepi jalan. Takde parking, cari sampai dapat! Kalau takdapat, takpayah lah pergi!

TNS: listener could not hand off client connection

di taip oleh Myee at Sunday, September 08, 2013 0 pujaan hati
mula- mula taknak cerita pun pasal ni. sebab dah dua kali jadi dekat aku, cerita lah. kot esok lusa jadi lagi, aku tak ingat nak buat apa, ada lah menda alah ni untuk reference. 

menda ini berlaku kala kau nak login database korang kuar error ni! kalau run server pun ada kuar error pasal listener mende tah ni. so takyah pening-pening. senang je nak setel



klik START.

kan ada SEARCHBOX tu, taip je SERVICES. 

lepastu cari ORACLESERVICE mende tah panjang-panjang. kadang tu dia da start, kau RESTART je balik.





tunggu dia loading sampai habis.

klik balik login dekat database korang, kompem boleh jalan..

itu je. 


ok nak sambung serabutkan jiwa raga. bila laaaaaaaaaaaaa nak berakhir projek ni

06 September 2013

Kerjaaaa

di taip oleh Myee at Friday, September 06, 2013 0 pujaan hati
Nampak benar macam aku takde kerja dok update tiap hari. Padahal kerja melambak. Baru je off lappy pukul 240. Amik mood nak tido. Otak belum shut down lagi. Update pun sebab tension, sini jelah tempat nak luahkan.




Penat aku taip panjang tadi, pastu takde pulak. Malas nak taip dah!




Merajuk!!!





05 September 2013

Quote about programming

di taip oleh Myee at Thursday, September 05, 2013 0 pujaan hati

04 September 2013

Wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, September 04, 2013 0 pujaan hati

Emo

di taip oleh Myee at Wednesday, September 04, 2013 0 pujaan hati

Memikirkan hari mendatang. Nak tido otak masih berjalan lagi. Pejam terbayang-bayang coding je. Cepatlah selesai semua ni. Nak plan pasal engagement pulak.

Oh..ada orang ingat kami dah tunang senyap- senyap. Tah pape. Macam lah kami ni femes. Tak perlu la gosip- gosip murahan ni. Baik korang pergi mengaji ke buat la pape yang berfaedah dari cerita pasal kami. 

Tak boleh tido. Otak masih deploy data lagi. Asyik loading je otak ni. Lupa close connection agaknya. Tu mata taknak pejam.






03 September 2013

Minggu tak tentu arah

di taip oleh Myee at Tuesday, September 03, 2013 0 pujaan hati

Hari-hari tido pukul 3 lebih hadap coding. Geram bila takjadi. Bila jadi, ketagih sampai letak sebelah bantal. Sambil nak tido godek-godek. Agaknya macam tu kot kalau kawen ketagih dengan suami! Ehhh..

Penat. Tido pun otak masih fikir. Entahlah. Ni jalan hidup aku pilih kala ini. Tengah serabut ni aku puasa. Puasa sebab taknak serabut sibuk nak makan itu ini. Yelah stress, makan macam-macam mau gemok. So baik puasa. Takde lah aku nak makan je. 

Minggu depan nak uat dah. Entahlah. Hadap jelah kehidupan macam ni. Tapi sampai bila???

02 September 2013

di taip oleh Myee at Monday, September 02, 2013 0 pujaan hati


Mana satu nak tengok ni??? Belah kiri lagi feel habis! Bestnyaaaaa berangan kalau banyak duit!

01 September 2013

Wordless sunday

di taip oleh Myee at Sunday, September 01, 2013 0 pujaan hati




 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com