Penat dah tengok code ni semua. Buat projek mpm. Yela tahun ni stat guna macam u. Semester gitu. Tapi ni penggal. Penggal kepala budak-budak ni buat. Aku buat part ujian lisan. Tah betul tak tah. Janji kuar output. Belum masuk development lagi. Bagi sql. Entah. Dah seminggu aku kerja. So far ok lah. Yang penting lunch balik rumah golek-golek
31 July 2012
30 July 2012
Bila dah jatuh hati sesangat sama pandora
"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti,tunjukkan dimana ruang hati ...."
Bukan apa pun cuma berkenan sangat dengan pandora sampai buat tabung nak beli. Gelang tu yang berharga 1.4k tu nak mintak kat boipren masa tunang lah. Aku cuma nak tambah biji @ charms dia tu je. So kenalah menabung dari sekarang. Charms tu start price dekat rm100 gak if aku tak silap. Mana de duit lebih aku masuk jelah dalam tabung katak tu kan. Lau tak cukup takde rezeki lah kot. Risau tengok status emieza cakap lama tak soping,pastu kawan dia balas nanti da kawen banyak nak bayar,ade anak lagi sampai untuk diri sendiri pun takde. Lebih kurang la ayat dia. Walau pape pun kena ade simpanan untuk emergency kang.. Risau nak kawen pun ada jugak. Takut tak mampu jadi mak yang dapat berikan yang terbaik untuk anak.
P/s: rezeki bulan ramadhan,kerja 5ari pun dapat gaji lebih tapi banyak nak setel
Bila external dah tak selamat
Haritu bawak external pergi ofis. Yelah senang nak transfer pape lagi pun aku jenis yang suka download movie so bawak lah. One day ni external aku di pas untuk amik file dalam tu. Tah cucuk mana ada virus maka virus itupun dok bertenggek dalam tu lagi ada la gamba boipren gamba dating dalam tu. Takut tersebar pulak gambar lucah payah hidup aku.
Maka tadi balik kelas singgah digital mall. Cari usb la. Tengok banyak murah. Bila dah murah mula tak reti buat pilihan. Ada kingston tapi design dan kaler tak menarik perhatian. Turun naik level terjumpa tersuka dan terbeli pink. Sama dengan external aku. So external ada lah anak..
4GB = RM13
8GB = RM16-18
16GB = RM27-29
32GB = RM65-68
Tu harga anggaran dia. Ada kedai jual murah ada mahal so pandai-pandailah survey kalau nak cari yang macam-macam design atau kaler
29 July 2012
28 July 2012
26 July 2012
Thing inside my bag
Dua tiga hari ni, tu je aku bawak pergi kerja. Ic,lesen,duit tak bawah. Lintas jalan je da sampai ofis. Tapi terfikir gak lau pape berlaku takde ic susah jugak kan. Takut cicir je nanti. Access card tu pakai touch n go je. Camne dorang setting tah. So jimat la duit dorang tak yah kuar untuk buat access card. Laptop buruk dorang bagi aku tak bawak balik. Tinggalkan aje kat opis. Malas nak bawak. Nantilah sebab tak bes.
25 July 2012
22 July 2012
Kelebihan Solat terawih Malam kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih serta dosa-dosa kedua ibubapanya
Amin..INSYAALLAH
21 July 2012
Bila kelas SAp
Ari weekends je rajin datang. Pulun sampai nak pecah otak.. Nak cepat abis. Nanti leh buat revision. Orang datang pun tak ramai. Bosan kot
20 July 2012
Bila terawih 1
INSYAALLAH...
Bila tengok mael lambong
Masa kete tu berhenti dekat 1 tempat area batu-batu terus teringat kehidupan disana. Tengok lagi macam dekat telok bidara. Kawasan situ memang cantik. Tunggu yang last tu kuar tempat dekat dungun. Tengok kampung jambu bongkok. Teringat kat seseorang.. Tahla mungkin sampai bila-bila takkan jumpa dah kot orang tu. Takpelah.. Terima kasih sangat2 bagi kebahagiaan ketika aku dekat sana.
19 July 2012
Bila terjumpa mesin cotton candy
Bila hari keempat cuti
duduk rumah aje arini, masak, kemas peti ais. yelah dok sepah-sepah tah pape dalam tu. Rimas pulak aku tengok. Buang barang-barang yang dah tak elok, basuh-basuh. Nak period kot tiba-tiba rajin sangat. Selalu macam tu terover excited rajin.
cubaan kedua :)
Siap kemas masak carbonara. buat yang biasa dengan baked. letak cheese. main hentam je main campak-campak bahan-bahan dia, letak cheese. Buat sekali macam tak puas pulak, dah petang tu buat lagi sebab yang biasa tu tak abis pulak makan.
Petang goreng cekodok bilis dengan kentang siap buat air limau asamboi tu. Beria rajin pesal tah
18 July 2012
Bila hari ketiga cuti
Dok rumah boring aku downlod cite hacks. Boleh la cite dia. Siang tu banyak benda buat.
Pergi bank tukar duit syiling sebab dah lama gila simpan takut tak laku pulak. Kol dua bosan gila siap2 pergi naik lrt. Lama gila tak naik tren.
Singgah masjid jamek borong tudung. Amik-amik bila bayar rm30++. Tapi takpelah. Lama xbeli tudung.
Pergi klcc makan lasagna la garret popcorn lah. Mahal. Small mau belas-belas hengget. Tapi sebab pestime nak try beli je. Amik caramel. Manis! Tak macam kat wayang. Caremel tapi sikit aje rasa tu. Ni semua popcorn ade caramel. Memang berbaloi la rm16.
Singgah kinokuniya tengok majalah lisa. Kelakar ada gambar kuar masa pergi event makeup ala korea. Beria kemain lagi aku..
17 July 2012
Bila hari kedua cuti
16 July 2012
Bila hari pertama cuti
Pagi bangun 9 lebih. Boipren kacau. Kol 8 macam tu zatul mesej cakap da naik tren.saje nak kacau. Kol 10 mesej lagi tanya mana aku letak file. Siap pergi bank islam bukak akaun. Cakap student lagi. Senang cite. Kang sibuk nak alamat company la tu la serabut betul. Balik pergi hero beli barang nak masak. Nak beli kfc pocketful tu macam tak berbaloi so beli bahan buat sendiri ajelah. Letak chicken finger,cheese, coselaw. Panas kan dalam microwave nak cheese tu cair. Tido sebab hujan. Bangun vakum rumah. Kemas apa patut. Masak sambal telur untuk makan malam.
Tiba2 mak aku suruh anta resume dekat celcom. Serabut betul. Kerja baru belakang rumah tak start nak suruh anta tempat lain la tu la. Hmm nanti kawen tah macam mana tah. Sibuk nak kerja company besar la ape lah. Aku heran lah. Cakap memang senang. Tahla.. Taktahu apa perlu aku lakukan..
14 July 2012
bila last day kerja
Start isnin ni aku jadi lisa surirumah.. Macam-macam aku berangan nak buat. Pergi bank la, cat bilik la,pergi ikea lah,pergi tengok wayang la, lepak puas2, tido puas2. tahla.. Tengok la yang mana aku buat!
12 July 2012
Bila nak berhenti kerja
Esok aku last day hadap coding dotNet alasan berhenti nak kahwin.. Boleh?! Tapi nak kahwin tah bila tah..
08 July 2012
Bila masuk dua tahun
Dah 2 tahun pjj. Percintaan jarak jauh. Dari 2010 sampai sekarang ni. Dugaan macam-macam dugaan. Halangan macam-macam halangan. Kadang tu ada jugak putus asa, cuma bersabar dan banyak berdoa. Kalau dia tak buat hal aku buat hal. Sedangkan dulu cinta monyet 5 tahun aku boleh putuskan sebab tak tahan macam-macam karenah ni pulak jauh macam ini. Entahlah. Kadang tu aku malas nak amik pusing sangat cuma berdoa kalau dia jodoh untuk aku,tetapkan hati aku.
Kadang hidup ini karma yelah, what u give u get back. Macam kisah satu hari ini ada motor langgar side mirror aku. Terkejut lah nasib baik tak patah ke apa. Pergi mengadu dekat boipren dia cakap semalam dia langgar orang punya side mirror. Lagi satu ada pompuan gedik mana tah la mesej kat dia sibuk tanya raya mana. Aku mula lah nak berangin. Puasa tak lagi sibuk gatal.tuuuttt nak mesej laki tanya raya. Entah dah abis ganti ke tah. Malam tu pulak si O**** mesej tanya kabar. See.. Kan karma tu. Aku sakit hati pasal siang tadi tak abis, reply lah kan satu dua mesej. Nasib lah.. Entahla kadang tu malas nak fikir. Kalau ada,ada. Kalau takda takpelah.
Tak celebrate pun macam orang lain. Alasan jauh. Kadang tu nak lah suprise kan. Takpelah maybe belum ada ikatan sah lagi kan. Kali ini dia balik sana macam tak sebelum ni. Kalau awal-awal balik mesti macam rindu-rindu. Ini tak.. Cakap nak call balik.. Tapo sibuk dengan facebook. Entah ade apa lah dekat facebook. Balik gym pun terus bukak facebook tanpa call aku dah. Bukan nak terasa hati tapi bila menda dah selalu buat,tiba-tiba tak buat macam something missing.. Tahlah.. Malas nak fikir pasal menda ni. Kalau di tipu aku,takpe lah. Nak buat macam mana..
Selamat ulangtahun yang ke 2..
p/s: tiba2 rasa sedih teringat kata-kata dia aritu..
Bila dah jumpa rumah
07 July 2012
Bila makan di SABA
Biasa aje kedai ni macam kedai nasi arab lain. Rasanya Nasi arab damsyik terbaik kot bagi akulah. Dulu pergi al rawsha nasi,ayam sejuk.. Pergi sini oklah cuma nasi tak berasa sangat ke tekak aku aritu ade problem. Lepas tu takde yougurt. Dekat kedai soromban tu boleh tambah cili lah tu lah ni lah tapi pilihan air takbanyak pulak.
Kedai sini lebih ade kurangnya. Kedai sana kurang ada lebihnya. Tah. Dah cuba baru tau macam mana rasanya. Kesian boipren tak sempat nak bawak g
Bila makan di TBS
Bila dapat cash voucher free
Bila boipren balik harus makan mahal. Yelah dah 3-4bulan sekali jumpa kan takpe lah nak berbelanja lebih sikit. Kalau jumpa hari-hari pengsan nak makan tempat mahal selalu. Maka bulan tu budget ade lari sikit so guna la voucher. Pergi dekat mines wellness pun tak tau belah mana. Main redah je. Sampai dekat situ buat-buat good sebab ada voucher RM200 kan.. So orderlah makanan. Tengok ada lasagna. Dok sibuk tengok menu,boipren main order jelah. Apetah chicken breast konon lah kan orang pergi gym.. Aku order carbonara je lah menu selamat. Sekali breast chicken dia sampai. Tengok 5-6keping aje. Check balik menu rupanya order appertizer. Apelah..aku paksa order lain. Yelah lau tak cukup tambah jelah duit. Apa susah. Tapi air kena bayar la sebab voucher tu untuk makan aje..
Ada lagi satu voucher.. Expired 31 july.. Sape nak ikut? Air sendiri bayar.hahaha
Published with Blogger-droid v2.0.6
04 July 2012
03 July 2012
Bila urut di downtown
aritu balik kerja singgah downtown nak urut.. Cari yang orang buta tu takde pulak. Ke memang takde ke memang dia ari minggu ke tah. Kaki da lenguh main pergi je lah kedai urut yang ade.
Tengok dia urut orang sebelah macam tak bes je. Aku nak bangun blah,tapi boipren tak sampai hati plak. Sama macam kawan yang lain. Suka benar tak sampai hati.
Bila dia pegang je kaki,letak minyak macam dah banjir aku dah tau tak best punya lah. Pastu dok urut betis. Watefis urut kat betis memang la sakit. Dah kena kat tulang aku tu. Orang tu tak pandai main tapak kaki. Sedih sangat sebab orang tu tak de skill urut tapi demi cari duit kan.. Tak lega lagi kaki aku lenguh.
Urut kat orang buta tu dia siap pakai plastik pun masih terasa sedap urut. Banyak main tapak kaki. Dapat tau sakit apa. Ni orang celik main urut. Memang sedih sangat lah. Rugi rm20 aku...