29 June 2012

bila dua kali post gambar yang sama

di taip oleh Myee at Friday, June 29, 2012 0 pujaan hati

Aritu dapat voucher mines wellness.. Nak story lah.. Tapi kena update sekali dengan gambar baru syok. Nanti lah..tak feel cerita tanpa gambar pulak..

Published with Blogger-droid v2.0.6

27 June 2012

wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, June 27, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

24 June 2012

bila isnin tiba

di taip oleh Myee at Sunday, June 24, 2012 1 pujaan hati

menjelang isnin je,hati tak seronok. sebab ape sebab kerja. tahla.. selalu benar update pasal kerja. sebab ape tah la.. dah mula rasa tak seronok nak kerja. rasa tak semangat je bila hari isnin. tahla..nak cari kerja lain,rezeki belum sampai. sekarang ni terus bertahan pun sebab nak kawen. simpan duit. boipren nak beli rumah dah. aku kenalah simpan duit beli kereta. kereta idaman semua kecik je tapi hati nak anak ramai. macam mana nak sumbat nanti. yelah anak ramai seronok la sikit. tak la sunyi..hmmm..tahla.. tunggu je bila ada rezeki nanti

Published with Blogger-droid v2.0.6

23 June 2012

di taip oleh Myee at Saturday, June 23, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

18 June 2012

Bila cerita pasal kerja lagi

di taip oleh Myee at Monday, June 18, 2012 0 pujaan hati

sebenarnya aku dah bosan dengan life sekarang dimana kena drive dekat 2 jam lebih dalam sehari darab dengan 5hari bekerja. kau bayangkan bosan tak hidup aku. kalau jalan ok takde hal. ni macam macam perangai driver. kerja ok cuma aku dah muak tengok coding. aku macam nak kerja relax. tak payah fikir lagi time balik. contoh macam kerani ke buat filing ke. haha. memang la nampak mudah. tapi gaji kecik lah. Tapi aku macam ada niat nak ajar budak tuisyen ke buat coklat ke buat event ke. Tapi aku takut tak mampu. Takut tak dapat puaskan hati orang. Tahla. Apa yang aku nak pun tak tahu.

Aku ingat nak cari kerja dekat area rumah ni je. Boleh la jimat dekat 500 tambang minyak,tol dan makan. Leh aku simpan lebih untuk kawen ke. Pergi umrah ke. Tahla. Aku rasa sebab apa tak seronok kerja pun tak tau la. Maybe aku rasa bersalah if aku ponteng,sian kat orang yang naik dengan aku kot. Tahla..tapi tu leh kira upah kot aku anta dekat umah dorang dari dorang kena turun naik bas or teksi. Kalau nak kira masa aku bazir lagi banyak kot. Tu lah kehidupan.

Penah aku bayangkan hidup ini macam cerita time ke ape tah yang justin timberlake berlakon tu. Masa itu emas bak kata pepatah dlu-dlu. Kalau kau takde duit,or susah bila masa ko habis,ko mati dekat situ je. Agaknya melambak orang mati dekat atas jalan kot sebab jammed. Tahla.. Kalau kerja separuh mati tapi hidup kau tak enjoy tak boleh jugak.

Now aku harap kehidupan aku akan sempurna seperti aku lihat orang lain sedangkan setiap mereka ada cerita sedih tersendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila tiba MONDAY

di taip oleh Myee at Monday, June 18, 2012 0 pujaan hati




17 June 2012

Bila saja suka-suka like dan share dekat fb

di taip oleh Myee at Sunday, June 17, 2012 0 pujaan hati
Hari itu, aku saja je lah like page Hello Malaysia.  tah macam mana, dapat emel cakap aku dapat perfume Jimmy Choo ni. Sedap gak lah bau dia. Lepas tu, mak aku suka pulak bau dia. Maka, aku pun bagi je lah dekat mak if dia nak. 




fyi: kebanyakkan perfume aku, orang bagi. kecuali ada satu ini dari body shop. cherry blossom aku beli sendiri. 

Bila main draw something

di taip oleh Myee at Sunday, June 17, 2012 0 pujaan hati

syok gak main lukis-lukis. lepastu terserlah bakat terpendam. Yang lukis autobot tu harus la aku yang lukis. yang macam tulang tu adam, snoopy zuf dan pingu omei tangat tu haruslah fza. tapi bila malas nak fikir dan tak tau nak melukis, haruslah tulis aje jawapan terus!

Bila cerita pasal produk kecantikan

di taip oleh Myee at Sunday, June 17, 2012 0 pujaan hati
Ada bila tah boipren cakap some1 tegur kulit aku ok je. Ok pe tah. kesan jerawat dulu zaman muda remaja ada kot. ke masa tu pakai bedak banyak, tu yang tak nampak kot jerawat aku. 
Kemas-kemas barang, terjumpa pulak pencuci muka dan sewaktu dengannya. banyak lagi, dah tukar produk lain. tah bila pergi watson ke apa ke, beli trial pack, terus suka dan terus beli yang lain-lain. rasanya sesuai je kulit ini. tapi masa period je lah kuar dua tiga jerawat gedik kan.

dulu time belajar pakai yang nivea tu, lepas kerja pakai nano white. budget diana danielle. bila dapat free garnier, try tu pulak feeling lisa surihari. boleh?
tapi garnier macam tak ok je dengan kulit ini. kalau tak jadi pakai, mesti emieza book awal-awal yang krim siang dan malam tu kot. eh jap. rasa dia dah cakap kot :p

15 June 2012

Bila pergi kedai makan

di taip oleh Myee at Friday, June 15, 2012 0 pujaan hati
menu wajib aku mesti ketiau kungfu. tahla memang suka sangat sebab kungfu tu macam di gaul bersama telur,lepas tu goreng. kalau ketiau kantonis telur dia cara lain. part paling sedap bila ketiau tu jadi ranggup. memang terbaik betul. syiok sangat la. kadang tu ada je yang tak jadi,bedal je lah. harga standard RM4.50.
Wat masa ni yang terbaik dekat kedai kat bandar tun razak. gerai baba je apa tah nama dia. akak tu memang hebat lah. kedai kat sentul pun ok gak. if tukang masak dia laki.
ok dah lapar...
Published with Blogger-droid v2.0.5
di taip oleh Myee at Friday, June 15, 2012 0 pujaan hati

11 June 2012

Bila berAsam Laksa di Jusco Mid

di taip oleh Myee at Monday, June 11, 2012 0 pujaan hati
Dulu selalu lalu dekat jusco mid punya kedai jual laksa. nak makan tengok ramai cina. lepas tu dok bau sedap terliur. one fine day pergi jalan dengan nadia. cari purse dia rasanya. dia ajak pergi makan situ. lepas tu asyik nak makan je. selalu beli dengan air tebu. dekat rm10 gak total dia. tak cek pulak berapa harga semangkuk laksa ni. ada sekali tu pergi sorang mid. nak makan laksa. pergi je la makan sorang. bukan sekali makan sorang . de lah dua tiga kali kot. tah memang aku suka jalan sorang kot.




10 June 2012

Bila bosan di hujung minggu buat diy dari tali

di taip oleh Myee at Sunday, June 10, 2012 2 pujaan hati
Dah tak tahu nak buat apa minggu ni, tiba-tiba nampak tali lama datang dari zaman bila tah. maka tercipta idea nak buat benda alah ni. terus google untuk cari macam mana nak buat







aritu tengok dekat downtown mahal gila dia jual. tak beli sebab tau nak buat. cuma malas je lah. nantilah upload gambar sebab tak kering lagi.

06 June 2012

Wordless Wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, June 06, 2012 0 pujaan hati

05 June 2012

Bila nak ada dapur sendiri

di taip oleh Myee at Tuesday, June 05, 2012 0 pujaan hati
Hari tu ada meeting dengan client dekat mid. Alah pasal php. Projek cikai-cikai, tapi macam apa je kena siap kan. Dengan dua bahasa. Netherland dengan France. Kau ada? Dengan video dua bahasa lagi. Memang serabut hidup lah. Dateline 3 Hari. Dah la lama gila tinggalkan php ni.

Jalan-jalan masuk Carrefour nampak Pan untuk goreng telur la pe lah. Kaler dia cantik sangat. Mula dok berangan nak cari rumah nak beli semua. Macam-macam kaler ada.


Periuk pun kaler warna warni. Suka sangat. Konon nanti semangat nak masak

Tapis la besen la pun kaler macam ini. Makin seronok lah nak main masak-masak. Dapur kaler putih, lepastu alat-alat masak kalerful. Syioknyaaa berangan


Sudu garfu pun macam-macam kaler ada. 

Pinggan mangkuk pun! 


Tapi ada ke KA cakap 
"Alah beria nak beli semua tu. Tah-tah sayang nak masak!"

Haaaa..mana dia tau aku macam tu?! Sudah pandai baca isi hati nampak! Cantik sangat. Sayang nak guna nanti. Dok buat perhiasan je lah dekat dapur nanti

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com