19 August 2011

Peperiksaan PTD yang tah pape

di taip oleh Myee at Friday, August 19, 2011 0 pujaan hati




aku tak ingat bila aku apply jawatan PTD dekat SPA. balik kerja, tengok peti surat, dapat surat untuk hadir peperiksaan. Yelah bukan senang nak masuk. tapi kadang tu. rezeki orang. kita mana tau. tanya nadia dia pun dapat gak. tapi dekat area kajang, azreena dekat area putrajaya, nadeera dekat jalan peel, fairuz dekat tasik permaisuri dan aku dekat UM. ingat peksa sama-sama. boleh lah nak jeling-jeling sikit. 

ini surat untuk hadir peperiksaan PTD tu..dekat seksyen yang aku tanda right tu maksudnya sudah setel la. aku jawab pe tah la. yang paling aku ingat, soalan pertama dia tanya website kerajaan. memandangkan selalu berkecimpung dengan website kerajaan, maka aku tau la. tapi jeling kiri nampak orang tu buat Myeg. hati aku mengatakan MyGOV. maka aku pun ikut kata hati aku lah..suspen je sebab soalan pertama dah ragu-ragu


tengok gambar jelah





first time aku jawab periksa macam nak berperang. duduk mengadap-ngadap macam ni. nasib baik lah dulu dekat UITM Dungun tak buat macam ni. kalau tak, tiba-tiba pulak ada yang aku minat, payah nak jawab exam. yela dok berangan je tengok mamat tu.


habis exam, aku terus siap pergi office sebab hari isnin tu, arkib negara punya website nak review. memang letih sebab ahad pun datang lagi buat kerja.okbai

16 August 2011

Bila sudah ada duit belilah apa yang di idamkan

di taip oleh Myee at Tuesday, August 16, 2011 0 pujaan hati
memandangkan handphone E71 asyik nak cari pasal bila malam je, maka dengan mengumpul duit yang tak seberapa, dapat lah aku membeli sebiji henfon. lama dah tengok. tapi sabar je dulu. lepas kawan sorang ni beli, makin tak tahan pulak nafsu. skrin AMOLED lagi. memang syok la. nak beli Iphone tak mampu plus application dia mahal. Android sudah lah..

mak aku pakai Iphone berkenan pula dengan hp aku yang ni. dia cakap screen besar. puas. adik aku pun cakap screen besar. pasal hp ni aku suka bila video call boleh amik video atau amik gambar. so boleh la bila masa mengedik, rindu-rindu leh tengok video. tapi dia cakap sorang-sorang la macam orang gila. tapi tak pe. suka. application pun lebih kurang je dengan Iphone. bila dengan Nadia, mula la nak whatsapp. jimat sedikit kredit. bukan apa. sejak pakai bil ni, nak mesej macam mahal je. biasalah Maxis kot. tapi takpelah. janji puas hati dengan apa yang ada sekarang

hp lama kesian dekat dia. yelah senyap je tak de orang nak mesej ke apa. tak pelah. guna je la. sayang kot.

ni bukan aku punya. tapi sama je dengan yang ini. pic ini je ada menyemak dekat dalam hp aku. kasi upload la


p/s: lagi sikit hutang mara nak setel..yeay!!
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com