27 February 2011

Aku bukanlah programmer terhebat

di taip oleh Myee at Sunday, February 27, 2011
aku pernah cakap yang aku tak nak jadi programmer. tapi itu lah. makin kita lari, atau taknak, yang tu kita akan dapat. masa belajar dulu, kalau boleh, bab programming ni, pass dekat nadia. dan aku pulak akan amik alih bab design. yelah siap boleh satu malam untuk buat part design tu. tapi hakikatnya, apa yang kita nak, susah nak dapat. maka aku terima jelah buat programming saat ini.

baru 2bulan kot aku kerja dekat tempat ni, banyak lagi ilmu aku tak dapat. tempat aku kerja ni, ada provide training. maka boleh lah aku asah bakat lagi. nak pergi kursus programming korang ingat murah ke? dekat tempat aku kerja ni, free plus dapat gaji. ko cuma perlu attend dalam seminggu tu ada la 2-3 training. tak susah pun. hari lain tak buat pape. dok borak-borak, main pingpong, keluar shopping dekat pasaraya, pergi karaoke,tido bawah meja 2-3jam,lunch awal, keluar hari jumaat awal, tengok movie, dekat tempat lain ada macam ni? tak kan. gaji ko tiap-tiap bulan masuk. tak payah nak pening-pening. pening pun bila training tu je. tak lama.

tapi kenapa semua orang tak faham? memang aku malas la nak cerita keseronokan aku kat tempat kerja. memang lah mula-mula tu bosan tak buat pape, last-last jadi tegar duduk sahaja, makan gaji buta. aku dapat belajar java programming, asp.net, php, ado.net, web 2.0, jsp, kadang-kadang ada kelas fardhu ain, training keusahawanan. semua tu FREE! cuba bayangkan kalau dekat tempat lain mau beribu-ribu kot. Selagi aku boleh bertahan, aku bertahan.


cuba lah keluar dari kepompong, bapak kerja bank, perlu ke anak kerja bank??? tu lah fikiran orang melayu. kerja bank je banyak duit. aku kerja bukan sebab duit. aku kerja sebab ilmu. lepas dah dapat ilmu tu semua, aku cuba establish company ke apa ke. penat la wei dok kerja bawah orang. sampai bila nak dengar dan tunduk dekat orang!


biarlah aku bawa haluan sendiri...

3 pujaan hati:

Sharif Azreena on March 1, 2011 at 6:59 PM said...

saya setuju. aku plak asyik kene 'belajar tinggi2 tapi duduk kat dapur jer wat pe.'

nadeera on March 9, 2011 at 11:13 AM said...

aku kerja utk duit and ilmu..tp duit tu tujuan utama aku kerja..sbb if xde duit macam mana aku nak byr bills kan. tp aku bukan mata duitan. mcm mana tu my?

Myee on March 18, 2011 at 10:24 PM said...

azreena:yela..suh la sarip banyak duit so duduk dapur,isi perut dia je la...

adi:memang duit itu perlu untuk bayar bills or watsoever..lau xde duit,dok la dalam gua.hahahhaa

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com