27 February 2011

Aku bukanlah programmer terhebat

di taip oleh Myee at Sunday, February 27, 2011 3 pujaan hati
aku pernah cakap yang aku tak nak jadi programmer. tapi itu lah. makin kita lari, atau taknak, yang tu kita akan dapat. masa belajar dulu, kalau boleh, bab programming ni, pass dekat nadia. dan aku pulak akan amik alih bab design. yelah siap boleh satu malam untuk buat part design tu. tapi hakikatnya, apa yang kita nak, susah nak dapat. maka aku terima jelah buat programming saat ini.

baru 2bulan kot aku kerja dekat tempat ni, banyak lagi ilmu aku tak dapat. tempat aku kerja ni, ada provide training. maka boleh lah aku asah bakat lagi. nak pergi kursus programming korang ingat murah ke? dekat tempat aku kerja ni, free plus dapat gaji. ko cuma perlu attend dalam seminggu tu ada la 2-3 training. tak susah pun. hari lain tak buat pape. dok borak-borak, main pingpong, keluar shopping dekat pasaraya, pergi karaoke,tido bawah meja 2-3jam,lunch awal, keluar hari jumaat awal, tengok movie, dekat tempat lain ada macam ni? tak kan. gaji ko tiap-tiap bulan masuk. tak payah nak pening-pening. pening pun bila training tu je. tak lama.

tapi kenapa semua orang tak faham? memang aku malas la nak cerita keseronokan aku kat tempat kerja. memang lah mula-mula tu bosan tak buat pape, last-last jadi tegar duduk sahaja, makan gaji buta. aku dapat belajar java programming, asp.net, php, ado.net, web 2.0, jsp, kadang-kadang ada kelas fardhu ain, training keusahawanan. semua tu FREE! cuba bayangkan kalau dekat tempat lain mau beribu-ribu kot. Selagi aku boleh bertahan, aku bertahan.


cuba lah keluar dari kepompong, bapak kerja bank, perlu ke anak kerja bank??? tu lah fikiran orang melayu. kerja bank je banyak duit. aku kerja bukan sebab duit. aku kerja sebab ilmu. lepas dah dapat ilmu tu semua, aku cuba establish company ke apa ke. penat la wei dok kerja bawah orang. sampai bila nak dengar dan tunduk dekat orang!


biarlah aku bawa haluan sendiri...

16 February 2011

berHAMA Beads di office

di taip oleh Myee at Wednesday, February 16, 2011 1 pujaan hati

hari isnin baru ini bersamaan 14haribulan,  aku dengan takde kerjanya bawak hama beads ke office. sajalah nak isi masa bosan aku dari dok tido bawah meja atau berebut di meja pingpong, aku nak buat la mende alah ini. mula-mula tak ramai yang terjebak buat biji ini. time lunch, riuh bebudak ini nak buat jugak. sampai ada yang sanggup tak pergi lunch ko nak main.



hama beads yang di beli di IKEA

zatul yang gigih mengosok

aku pun dok main jugak!


napi bersama cendawanNYA

ida dengan ray bergabung 

si amad yang gigih menyusun. kejap-kejap tukar kaler sampai naik letih orang lain tunggu board tu



huruf R tak berapa nak jadi sangat!



sudah tinggal separuh

mereka yang tegar menyokong pas

rainbow ihsan dari aku. monyet tu nampak comel la pulak!

iron man keding! tak cukup zat oleh sting

amad take turn gigih mengosok



sekian sahaja siaran berHAMA Beads di office ye!da~



ps: AMARAN! jangan tiru aksi ini di office 

06 February 2011

taknak hantaran kasut!

di taip oleh Myee at Sunday, February 06, 2011 0 pujaan hati



sekarang musim orang mengawan. orang kawen sana, orang kawen sini. semalam dan hari ini aku pergi kenduri kawen. aku pelik. makanan tak cukup. nape ye? bahan mentah naik harga ke? bawang sekilo berapa hengget? haha. tapi memang pelik la ke pengantin tak cukup budget? adoi. kalau macam ini, memang la lambat aku kawen. yelah. taknak la nanti orang tak cukup makan. kesian wei. balik umah lapo. dah la jauh nak pergi kenduri. 
semalam kawan tu buat kenduri malam. pulak tu, kad tak di bagi. aku pun tak berapa nak tau umah dia. sampai simpang besar tu, kecik benor tulis nye. dah la malam. letak la lampu liplap ke. baru lah aku nampak. tapi nasib baik tak rabun sangat. kalau tak, memang sesat lah. 

cerita pasal hantaran, kisah ini takde kena mengena pun dengan pengantin ini. aku saja gedik nak bukak cerita. kisahnya aku tak nak lah nanti hantaran aku bagi kasut. pic ni semua kaki comel-comel je. elok muat kat dulang tu.

ini pun sama. merah makngah lagi. comel!
aku tak nak sebab....










kaki aku besar. penuh dulang tu nanti. kang orang dok pelik ingat kaki giant ke apa. malu lah. so dengan ini, tak bermakna jimat satu dulang ye. tukar dengan barang lain tau.



ps: kaki dia dengan aku sama saiz. mak dia yang cakap. kalau tak, memang tak perasan pun. kasut futsal dia aku muat.

hari pertama bulan februari

di taip oleh Myee at Sunday, February 06, 2011 0 pujaan hati
satu februari hari selasa. cuti sebab hari wilayah. maka lepas ini takde lah jem kot pagi-pagi sebab dataran merdeka tutup sebab orang praktis tarian. kalau tak, dekat maju expressway da stuck. bayar tol kot. baik ikut tol 50sen nak pergi KL dari tol 1.30 tu. seperti biasa seorang pekerja yang dedikasi, mestilah sampai opis awal. kol 845 pagi mesti dah sampai. lagi pun ramai orang cuti. so dekat office tak lah ramai orang. pagi tu nampak biha makan nasi lemak. ape lagi, perut yang kuat makan sejak kerja ini pun lapar je. maka turun bawah cari nasi lemak. nasi lemak sotong ko. beria betul makan.

dah kol 9setengah tak tau nak wat pe, tiba-tiba mengantuk pulak biji mata ini. kemas bawah meja, ape lagi membuta la. tempat baru sekarang line clear. tak de orang lalu lalang pun. so sedap la aku membuta. lama jugak la tido. bangun pun sebab si zatul ini kaco-kaco langgar kerusi kat meja. memang potong betul. plus ada budak mana tah mengedik sebut buah mangga la, buah mempelam la dalam bahasa kelantan. haish.. dengan gelak besor nya memang terjaga la.

bangun, biha ajak pergi karaoke. kol 11 gak la tu, bersemangat nak nyanyi, tutup pulak tempat tu. memang tak bagi nyanyi lah tu. dengki je. nak kata cina tukang jaga tu, rasa melayu. bosan pergi lah tengok cerita keramat kali ke 4. pergi semak online kat tempat orang.

pas lunch tu, saja pergi main pingpong. syok pulak. sekali main, nak main saja. haha. pastu main dengan si azrul ni. memang lawak lah. dah la dia tak berapa nak reti main.
hahahah..esok nak berentap lagi. nak pakai seluar lah!

ps: nak bawak selimut pulak pergi opis. memang heaven tido
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com