02 June 2010

Kesinambungan Saya Mahu Kurus

di taip oleh Myee at Wednesday, June 02, 2010 0 pujaan hati
Tajuk entri tak boleh blah langsung. tak de maknanya aku pergi jogging atau berenang. pagi bangun sedar-sedar kol 9. alasan panas. petang hujan lebat. alasan kolam tutup. so macam mana aku nak kurus. tapi tadi ada lah aku kayuh basikal kat dalam rumah. rupanya lebih kurang macam ini lah.
gambar google lah. mana lagi

kayuh 3minit dah lenguh. apa punya kaki lah. tapi aku kuatkan semangat lah. dapat gak kayuh 20 minit. kalau ikutkan hati dari rumah aku, tak sampai pun bandar tun razak kalau kayuh 20 minit macam itu. tapi takpe lah. permulaan yang baik. sarapan susu coklat. almaklumlah hari ini hari SUSU SEDUNIA. tengah syok kayuh Mr KA balik pula dari operasi. sekejap lah pula. tiada adegan tembak menembak di lautan. sangat beria bercerita setiap kali operasi. suka aku dengar. macam-macam ragam manusia di lautan. ingat kat darat je ada ragam. lepas itu beria cerita dia bawak bot tu pusing laut china selatan. 
petang masa hujan itu, sangat lah bosan. kau tau jelah astro masa hujan. mana ada siaran. dok kat dapur lah aku main masak-masak.memang hancur diet aku tadi makan kari ikan merah yang aku masak itu cicah roti. bapak aku kata kari aku macam mamak. apalah.sedap la tu macam mamak. 


Mr.KA sudah pandai post comment di FB

Harap Dapat Kayuh Lagi Untuk Esok. 1jam punya lah.

01 June 2010

saya mahu kurus

di taip oleh Myee at Tuesday, June 01, 2010 8 pujaan hati
hari ini sudah 1 Jun. Dari balik dungun cakap nak senamlah, nak diet la.semua haram aku buat. blogwalking dan blogjogging je. jari aku yang kurus sampai cincin mak aku belikan longgar gila. hujung bulan ini mahu jumpa sama Mr KA. macam mana kalau tak kurus lagi. Diet lagi la jangan harap. tiap-tiap minggu nasi minyak. mau melambak-lambak lemak aku. nak jogging mesti lah ada teman. lainlah cik azymemyza kita. biasa jogging sorang-sorang. kadang-kadang abang farrid dia teman. aku ni teman jauh. dah la dia asyik belayar je. baru balik belayar pergi lagi. lanun-lanun di laut, kasi can sama saya mau bercinta boleh? tak payah lah nak ceroboh tangkap ikan kat malaysia. lebih-lebih dekat area kuching. pergi lah dekat perlis ke kedah ke. sabah pun ok jugak.

saya MAISARAH berjanji akan mula berjogging esok jam 730 pagi dan petang pula pergi berenang. tak kisah lah seksi pun. janji dapat berenang. cepat sikit kurus. nafsu makan memang boleh kawal sebab bila tiada teman dirumah, saya tidak makan.

Mr KA: Sila bagi semangat tau kat saya. jangan jadi tukang gelak je

Selamat Malam Dunia.
mulakan hari anda dengan senaman (✿◠‿◠)
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com