25 February 2015

Budget Trip ke Bandung - Part 3

di taip oleh Myee at Wednesday, February 25, 2015 0 pujaan hati
Pagi tu pukul 8 dah siap packing nak balik. Tanya onwer hostel jalan nak ke pasar baru. Tapi hari sebelum tu memang supir ada lalu dekat area situ. Aku cam la jalan. Lepas tu tanya nak pergi kartika sari. Micheal siap bagi map lagi, naik angkot ape, arah ke mana. Dah selesai semua, memang jalan kaki ke pasar baru. Tak jauh pun. Tapi dengan pikul backpack memang penat jugaklah.






Jalan dia macam biasa banyak motor. Aku nak beli telekung travel je senang sebab jenuh gak bawak yang cotton. Dapat yang comel tu, senang nak bawak. Lagipun sebelum ni jumpa saiz yang kecik. Senteng aku pakai tu sebab kirim kat orang, dah alang sampai memang naklah. Lagi satu nak cari baju berenang muslimah. 4tahun lepas memang beli dekat pasar baru. Kualiti memang tiptop gakla. Nak ogival, arena sume tu mahal. Dekat sini tak sampai rm100 kau boleh dapat 1suit dari seluar sampailah tudung tu. Ada orang tu cari batik. Aku teringin gak nak tengok lace ke ape ke. Tapi macam serabut dok panggil. Aku tak suka, serabut nak pilih. Sudahnya memang tak beli pun.

Selesai shopping, kami ke kartika sari. Naik angkotan kota. Aku ikut jalan yang micheal suruh tu. Cari angkot kaler merah. dua orang dalam bape ribu tak tak ingat. Dia bawak ke kartika sari yang kena lalu lorong belakang tu. Beli apa patut, amik gambar sekeping dua. Tapi dekat sini memang ramai peminta sedekah. Kalau kau bagi sorang, reramai datang hurung kau. Nak amik gambar pun susah.



Dah membeli, keluar dari lorong tu kekonon nak makan la bakso ke nasi ayam penyet ke nasi padang. Ada pun bau yang tidak menyenangkan terlalu kuat. So rasa nak muntah, tahan teksi terus ke airport sebab malas nk fikir dah nak pergi mana.

Sampai airport, cari kedai makan. Mahal la sikit. Tapi sebab lapar, makan je apa ada. Teh botol, nasi goreng bodo. Nasib baik sepanjang ke sana takde sakit perut ke tak sihat.



Check-in dengan bayar tax sesiap. Ada balance lagi aku beli buku lah, keychain la, kek kartika sari lagi, starbuck coffee la. Nampak tak balance dia memang lebih. Memacam aku nak beli masa tunggu flight tu.






Tu la tangkuban perahu. Sebabnya macam perahu terbalik. Tu nama dia macam tu


Air asia macam biasa, delay. Flight pukul 7 lebih, sampai kl pukul 9 macam tu. Orang tu nak balik johor malam tu jenuh kejar last bas pukul 10 kat tbs. Nasib baik sempat. Dengan maxis kena bar masa tu. Memang huru hara hidup.


Budget Trip ke Bandung - Part 2

di taip oleh Myee at Wednesday, February 25, 2015 0 pujaan hati





Pagi tu bangun pukul 7. Sedar dah matahari terik. Yelah kalau ikut KL, dah pukul 8. Geng omputih tu tak bangun lagi. Aku siap-siap turun breakfast. Dekat pukul 8 baru dorang turun breakfast. Ingat orang kita je perangai gitu. Dorang pun sama! haha



Supir dah datang, tetiba dorang nak pergi beli tiket keretapi pulak. Dorang nak ke Yogyakarta. Tiket keretapi tu boleh di beli di Infomaret ( macam 7eleven jugak). Lama la jugak tunggu. 830 baru dorang setel, sesiap naik van. Dok bertegur sapa dalam tu. Dari paskal nak ke kawah putih jauh jugak. Dalam sejam lebih gitu. Jalan bukan macam KL-seremban. Jalan huru hara. Dengan motor banyak lagi. Sesak.



Dalam perjalanan tu aku tidur je. Malas nak layan omputih ni cakap. Masa tidur tu rasa macam mimpi dekat london. Yelah geng tu dari sana. Bunyi dia kemain lagi. Sedar je dah sampai ke Ciwidey. Nampak orang tanam strawberry, tomato ( orang indo panggil tomat) macam lagi la. Semua dekat tanah depan rumah. Sebelum ni pergi area tangkuban perahu nampak rabbit comel dorang jual. Area sini buah-buahan dan sayur-sayuran pulak. Memang berbeza dia punya pemandangan. 

Dekat kawah putih kena bayar 65,000Rp termasuk angkutan naik ke kawah putih. Kalau tunjuk pasport dapat diskaun 5%. Set dengan geng tu pukul 1230 dekat van. Dekat bawah tu ada orang jual mask. Aku buat tak tahu je. Kawan aku ni pulak, pergi layan. Memang kena paw. Satu mask 15,000Rp. Kalau dua dah berapa! Aku dah pesan jangan layan, tapi dia ni hati lain sikit. 



Van angkut tu kecik je. Dia sumbat 1 seat tu 4 orang. Dahla yang naik besar. Aku duduk tepi, memang agak scary jugaklah. Dengan naik bukitnya lagi. Cuaca makin naik makin sejuk. Alah macam dekat cameron memalam. Sebab aku nak pergi kawah putih ni cerita My Heart punya pasal la. Dia berlakon dekat situ. Suasana dia cantik. Kawah dia kaler hijau kebiruan. Tapi tak boleh lama dekat situ. Puas amik gambar turun. Sebelum tu nampak orang jual belerang. Macam-macam boleh ubati. Sebab sebelum ni aku ada baca jugak. So terpengaruh. Beli 1. 10,000Rp. 










Dekat kawah putih ni takde orang yang menyerabutkan otak. Dekat tangkuban perahu, orang dok sibuk tunggu depan van, jual macam-macam. Ikut ke mana kita pergi. Dekat kawah putih nasib baik takde. Selesai amik gambar, turun bawah naik angkutan. Geng mat saleh dah turun dulu. Maka dia tunggu kami dalam van tu.




Lepas tu pergi ke Perkebunan Rancabali Ciwidey. Ala macam ladang teh dekat cameron je. Tangkap gambar, tengok pemandangan je dekat sini. Takde menarik pun. Takde aktiviti minum teh sambil makan scone. Masuk free jelah sebab tanam tepi jalan!



Mat saleh tu tak mandi pagi, so sibuk nak swimming.. Supir pun bawak ke hotspring. Apa nama tah. Katanya air tu lagi panas dari yang kat bawah. Masuk 20,000Rp. Jalan masuk dalam penat gila. Jalan berbatu. Supir parking dekat bawah je. Kau kena jalan sendiri masuk kedalam tu. Dalam tu pun ada rumah orang. Pedalaman pulak tu. Dorang ada tanam pokok hydrangea yang aku minat sangat. Macam mana boleh hidup kat situ tah! Air dia memang panas betul! Kalau mandi mau melecur agaknya. Air dia mengelegak panas. Batu dekat situ pun bahang lain macam. Maybe itu kawasan gunung berapi kot! Entah. Sebabkan panas sangat, geng tu tak jadi mandi. Aku memang tak bawak baju pun. Konon nak mandi tempat lain, turun la bawah cari hot spring lain. Dekat sini memang banyak hotspring. Dah sampai gate masuk, nak makan pulak! Sudahnya makan area kedai biasa aje. Pandai sebut nak makan ayam goring! haha. Aku share makan nasi goreng telur. 10,000Rp. Kedai biasa je takut pulak sakit perut. Dok berborak dengan geng cerita bape lama dorang travel. Dah 7 bulan dorang tak balik kampung. Seronok betul. Kalau la duit ringgit mahal, memang abis aku berjalan. Kumpul banyak around the world aku pergi.

Dah abis makan, taknak pulak mandi! Gatai betul. Supir cakap dekat dengan tempat strawberry ada tempat makan sedap. Haih. Lalu situ patenggang. Nama lain tasik ape tah. Bekas gunung berapi jugak. Ada batu cinta lagi. Masuk dia agak mahal, so geng tu taknak. Dia kata around 8 pound. 

Sudahnya pegi petik strawberry. Geng inggeris tu kemain seronok lagi. Tak pernah petik kot. Aku watlek je sebab pernah petik dekat cameron highland zaman tok kadok dulu. Kat sini kau boleh petik sambil makan. Dorang tak kisah. Janji kau makan dari kau petik, pastu buang ke tanah, memang dia marah la. Geng tu kemain petik sampai penuh bakul. Aku takde la beria pun. Sepanjang dok petik tu, dapat masam, manis. Ala macam kehidupan jugak. Kadang ada yang manis, ada yang masam dan pahit, kena telan jugak. 


Dah tiba masa pulang. Aku memang nak pusing factory outlet. Tanya dekat geng tu, dorang on je. Sampai pusat bandar jem gilos. Orang balik kerja. Dengan motor banyak, serabut aku tengok. Kalau aku yang drive, memang sumpah seranah dah. 

Supir bawak pergi jalan riau. Bila nak turun tu, geng tu cakap nak pergi amik tiket kat stasiun pukul 7. Sampai dekat factory tu pukul 6 macam tu. So aku decide kitaorang balik naik teksi. Geng tu nak bagi supir tu kat aku, since aku nak pergi jalan tak tahu balik pukul bape, so aku naik teksi je. Dan bagi 200,000Rp trip ke kawah putih untuk dua orang. 

Masuk summit, kedai ape tah lagi. Jumpa sehelai je yang berkenan. Memang aku kena cari baju sebab baju tak cukup. Aku bawak 2helai tshirt je. So beli jela. Dia pun amik jugak sebab tak cukup. Puas cari tak jumpa, tahan teksi nak pergi ke cihampelas. Naik teksi bermeter ye! 25,000rp minimum. 
Padahal tak sampai 25,000 pun. 


Suruh driver teksi tu berhenti dekat patung banyak-banyak. Yelah kan dah malam. Tak nampak sangat patung tu. Pukul 7 dorang macam pukul 9 je. Tak ramai sangat orang. Nebes pun ada gak sebab tak biasa tempat orang.

Keluar masuk kedai cari jeans. Nak pergi toko tiga dah malam. Tak tahu ori ke tak. So tak beli apa-apa. Aku jumpa dreamcatcher comel harga 40,000rp. Beli jelah. Sok tak jumpa pulak. 

Jumpa mall cari makan. Lapar dari siang. Yelah makan share je, malam kebulur gila. Pusing cari kedai makan. Aku nak yang fancy je. Ada kedai tu menarik, tapi makanan tak bes. Sudahnya kedai radja je la. Nak makan nasi padang, lalu sebelah kedai je ada bau macam ape tah. Nak muntah aku rasa. Cari wang solo, tak jumpa. Yela nak la rasa masakan dari sini.

Makkk nak nasi goreng pingin kawen 😂
Soda gembira katanya. Gembira tang
Mana tah!



Setel makan, balik tu naik teksi. Min 25,000rp gak. Teksi bermeter gemah rapuh. Dekat atas bumbung tulis GR. Kalau bluebird gambar burung. Tapi drebar mintak 30,000rp. Malas nak bising, bagi jelah. Itupun berhenti seberang jalan. Seram jugak nak melintas memalam tu.

Sampai hostel, geng tu tanya beli apa? Dorang pun cakap its so cheeeapppp! Tau takpe. Haha. Siap mandi turun tengok cd. Join geng lain tengok the call. Tengok kejap, aku naik nak tido, kemas beg. Esok nak balik dah.

Pasar baru belum pergi lagiiiiii







Budget Trip ke Bandung - Part 1

di taip oleh Myee at Wednesday, February 25, 2015 0 pujaan hati
Tiket dah beli sejak 2013 lagi. Mula-mula nak cancel je malas nak pergi, tapi bila fikir balik, baik aku pergi dari bosan duduk rumah takde buat apa. Nak jadikan cerita, rabu tu aku tekad packing. Sebab tiket belah petang, so khamis tu masuk kerja la kejap.

Khamis petang aku naik bas dari TBS ke KLIA2. Jimat. Naik bas rm10. Flight pukul 7. So banyak masa takde terkejar-kejar. Sebabkan hujan, macam biasa flight delay. Dekat pukul 9 malam jugak baru terbang. Perjalanan KL-BDO amik masa 2jam. Dekat atas sana nebes la jugak. Yela, dah naik flight QZ. Kan baru ni ada kesah flight jatuh so agak takut jugaklah. 

Sampai BDO pukul 10 waktu indonesia. Dekat imigresen malam tu tak ramai sangat orang. So laju la. Masa 2010 aku sampai sana, diaorang siap bawak anjing K9 lalu sebelah ye. Nak check bawak dadah ke tak. Anjing dah la besar jugak. Berdebor rasa. Kedai dekat luar semua dah tutup. Cari kaunter teksi bluebird. Yelah orang kata murah. Tapi idoklah. Teksi ke Paskal Hyper 50,000Rp. Drebar ni mintak duit parking dekat airport 10,000Rp dengan tiket parking masuk dekat area Paskal 10,000. Belum pape dah kena paw! LOL.



Aku stay dekat Hunny Hostel. Aku check dekat hostelworld. Research sume, aku emel je dorang book katil. Dengan pantas je Micheal tu balas nanti. Harga 1 malam 100,000Rp. Aku stay 2 malam, so 200,000Rp. Kalau dalam RM baru RM57. Owner dia sangat baik. Masa sampai tu dia tanya apa planning? aku cakap nak pergi Kawah Putih. Dia bagitau ada orang inggeris means mat saleh lah nak pergi jugak. Kalau nak, dia boleh tolong cakap dekat geng tu aku nak join. Ha! kan dah boleh jimat. Trip tu 650,000Rp. So dorang berempat, tambah aku dua. Sebab tu stay dekat hostel. Jimat banyak. Bilik dia takde la teruk bebenor. Macam asrama sekolah. Tuala dia bagi, tapi cinonet je. Lap apa yang patut je boleh. Tapi aku ada bawak towel cinonet gak. Yela, takut pulak kena gatal-gatal ke apa. Kulit aku sejak menjak ni gatal aje. Gatal nak kawen kot!


Dorm perempuan

Dorm lelaki


Gambar dari google 😘

Dah setel semua, kami turun cari kedai makan. Lapar la jugak. Area paskal ni terkenal dengan food court dia. Tapi aku sampai, kedai dah nak tutup. Memang sia-sia la jalan. Cuaca dekat sana 22-24 darjah celsius. Sejuk aircond macam tulah. Sudahnya pergi ke kedai runcit beli roti dan jajan untuk breakfast esok.

Dekat common room aka living room tu ada banyak cd. Dok layan cd sampai pukul 2 pagi. Esok nak pergi kawah putih!

09 February 2015

Mari BerItaliannies

di taip oleh Myee at Monday, February 09, 2015 0 pujaan hati
Lama tak makan sedap, so ternampak kedai ni baru bukak dekat alamanda. Ganti the garden. Masuk je memang tak berapa ramai orang. Memang special sikit layanan la. Roti cicah olive oil dengan apa tah tu dapat free.

Aku memang feberet gila alfredo, carbonara ni. Memang berebut la dengan KA. Lepas tu ada udang pulak. Memang sorang tiga ekor jawabnya. Pizza tu nak cuba sedap ke tak. Tapi makan sini memang berbaloi. 1 mangkuk share berdua, cukup dah. Memang kenyang. Air dia ada yang free refill. So amik yang tu je lepak lelama.



mango juice tu bottemless. So boleh refill banyak mana sampai nak kencing. Pizza baik makan dominos ke pizza hut lagi best kot. Amik pasta je. Tak pun share 1 mangkuk, air kosong. Jimat. Next time order gitu je lau mengidam pasta pun.




 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com