25 February 2015

Budget Trip ke Bandung - Part 3

di taip oleh Myee at Wednesday, February 25, 2015
Pagi tu pukul 8 dah siap packing nak balik. Tanya onwer hostel jalan nak ke pasar baru. Tapi hari sebelum tu memang supir ada lalu dekat area situ. Aku cam la jalan. Lepas tu tanya nak pergi kartika sari. Micheal siap bagi map lagi, naik angkot ape, arah ke mana. Dah selesai semua, memang jalan kaki ke pasar baru. Tak jauh pun. Tapi dengan pikul backpack memang penat jugaklah.






Jalan dia macam biasa banyak motor. Aku nak beli telekung travel je senang sebab jenuh gak bawak yang cotton. Dapat yang comel tu, senang nak bawak. Lagipun sebelum ni jumpa saiz yang kecik. Senteng aku pakai tu sebab kirim kat orang, dah alang sampai memang naklah. Lagi satu nak cari baju berenang muslimah. 4tahun lepas memang beli dekat pasar baru. Kualiti memang tiptop gakla. Nak ogival, arena sume tu mahal. Dekat sini tak sampai rm100 kau boleh dapat 1suit dari seluar sampailah tudung tu. Ada orang tu cari batik. Aku teringin gak nak tengok lace ke ape ke. Tapi macam serabut dok panggil. Aku tak suka, serabut nak pilih. Sudahnya memang tak beli pun.

Selesai shopping, kami ke kartika sari. Naik angkotan kota. Aku ikut jalan yang micheal suruh tu. Cari angkot kaler merah. dua orang dalam bape ribu tak tak ingat. Dia bawak ke kartika sari yang kena lalu lorong belakang tu. Beli apa patut, amik gambar sekeping dua. Tapi dekat sini memang ramai peminta sedekah. Kalau kau bagi sorang, reramai datang hurung kau. Nak amik gambar pun susah.



Dah membeli, keluar dari lorong tu kekonon nak makan la bakso ke nasi ayam penyet ke nasi padang. Ada pun bau yang tidak menyenangkan terlalu kuat. So rasa nak muntah, tahan teksi terus ke airport sebab malas nk fikir dah nak pergi mana.

Sampai airport, cari kedai makan. Mahal la sikit. Tapi sebab lapar, makan je apa ada. Teh botol, nasi goreng bodo. Nasib baik sepanjang ke sana takde sakit perut ke tak sihat.



Check-in dengan bayar tax sesiap. Ada balance lagi aku beli buku lah, keychain la, kek kartika sari lagi, starbuck coffee la. Nampak tak balance dia memang lebih. Memacam aku nak beli masa tunggu flight tu.






Tu la tangkuban perahu. Sebabnya macam perahu terbalik. Tu nama dia macam tu


Air asia macam biasa, delay. Flight pukul 7 lebih, sampai kl pukul 9 macam tu. Orang tu nak balik johor malam tu jenuh kejar last bas pukul 10 kat tbs. Nasib baik sempat. Dengan maxis kena bar masa tu. Memang huru hara hidup.


0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com