25 February 2015

Budget Trip ke Bandung - Part 1

di taip oleh Myee at Wednesday, February 25, 2015
Tiket dah beli sejak 2013 lagi. Mula-mula nak cancel je malas nak pergi, tapi bila fikir balik, baik aku pergi dari bosan duduk rumah takde buat apa. Nak jadikan cerita, rabu tu aku tekad packing. Sebab tiket belah petang, so khamis tu masuk kerja la kejap.

Khamis petang aku naik bas dari TBS ke KLIA2. Jimat. Naik bas rm10. Flight pukul 7. So banyak masa takde terkejar-kejar. Sebabkan hujan, macam biasa flight delay. Dekat pukul 9 malam jugak baru terbang. Perjalanan KL-BDO amik masa 2jam. Dekat atas sana nebes la jugak. Yela, dah naik flight QZ. Kan baru ni ada kesah flight jatuh so agak takut jugaklah. 

Sampai BDO pukul 10 waktu indonesia. Dekat imigresen malam tu tak ramai sangat orang. So laju la. Masa 2010 aku sampai sana, diaorang siap bawak anjing K9 lalu sebelah ye. Nak check bawak dadah ke tak. Anjing dah la besar jugak. Berdebor rasa. Kedai dekat luar semua dah tutup. Cari kaunter teksi bluebird. Yelah orang kata murah. Tapi idoklah. Teksi ke Paskal Hyper 50,000Rp. Drebar ni mintak duit parking dekat airport 10,000Rp dengan tiket parking masuk dekat area Paskal 10,000. Belum pape dah kena paw! LOL.



Aku stay dekat Hunny Hostel. Aku check dekat hostelworld. Research sume, aku emel je dorang book katil. Dengan pantas je Micheal tu balas nanti. Harga 1 malam 100,000Rp. Aku stay 2 malam, so 200,000Rp. Kalau dalam RM baru RM57. Owner dia sangat baik. Masa sampai tu dia tanya apa planning? aku cakap nak pergi Kawah Putih. Dia bagitau ada orang inggeris means mat saleh lah nak pergi jugak. Kalau nak, dia boleh tolong cakap dekat geng tu aku nak join. Ha! kan dah boleh jimat. Trip tu 650,000Rp. So dorang berempat, tambah aku dua. Sebab tu stay dekat hostel. Jimat banyak. Bilik dia takde la teruk bebenor. Macam asrama sekolah. Tuala dia bagi, tapi cinonet je. Lap apa yang patut je boleh. Tapi aku ada bawak towel cinonet gak. Yela, takut pulak kena gatal-gatal ke apa. Kulit aku sejak menjak ni gatal aje. Gatal nak kawen kot!


Dorm perempuan

Dorm lelaki


Gambar dari google 😘

Dah setel semua, kami turun cari kedai makan. Lapar la jugak. Area paskal ni terkenal dengan food court dia. Tapi aku sampai, kedai dah nak tutup. Memang sia-sia la jalan. Cuaca dekat sana 22-24 darjah celsius. Sejuk aircond macam tulah. Sudahnya pergi ke kedai runcit beli roti dan jajan untuk breakfast esok.

Dekat common room aka living room tu ada banyak cd. Dok layan cd sampai pukul 2 pagi. Esok nak pergi kawah putih!

0 pujaan hati:

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com