26 July 2015

MaisarahDahTunang : Official Story

di taip oleh Myee at Sunday, July 26, 2015
Assalamualaikum..


Alhamdulillah, its been 7 year we've known each other and with Allah's bless, may the seeds of love will grow beautifully towards the end of this year, and forever and ever insyaAllah.


Dengan izin Allah, restu kedua-dua parent, alhamdulillah, Majlis Pertunangan kami telah berlangsung rumah keluarga pada 1 Mei 2015.





MINI PELAMIN

| Golden Image |




Majlis Pertunangan ni saje gegedik nak mini pelamin. Nak yang murah, simple dan elegant katanya. Teringat kawan sekolah ada buat pelamin, so contact la. Support member. Memula dia aku taknak la bunga banyak. So dia bagi bunga sikit je untuk letak kiri kanan. Tapi sebab badan besar, so tak dapat nak mencover badan aku, jenuh memalam tu dia sanggup tukar bunga lain. Pasang pelamin tu Khamis petang. Mula start nebes weh!  Tambah tempat letak hantaran bagai. Memang macam pelamin nikah orang kata. Ikutkan hati nak menikah terus :p


CATERING

| Saujana Catering, Seremban |

*ni je gambar yang ada. Lauk pauk takde :(

Untuk makanan pulak, memang sebelum ni dah penah rasa menu dia. Alah yang incharge pun sedara sendiri. Lauk pun lauk kampong. Aku memang suka lauk-lauk macam tu. Berselera aje aku tengok orang makan.

Sambal Udang Petai (Favorite Bride!)
Daging Salai Masak Lemak
Ayam Goreng Berempah
Nasi Putih
Ulam-Ulam
Sambal Belacan
Karipap & Kuih muih



Selain menu biasa, kitaorang ada jugak buat steamboat. Beli ball semua dekat kajang, buat kuah macam johnny’s. Puas orang makan. Memang makanan banyak jugaklah. Ada candy buffet bagai. Dengan orang dating bawak kuih-muih.

 HANTARAN

| Makcik & kazen |

Hantaran kami decided buat 5 dulang berbalas 7 dulang. gubahan bunga hantaran pula aku guna fresh flowers (rose / eustoma / paku pakis) mengikut warna pilihan sendiri. hantaran untuk kedua-dua belah pihak ni buat sendiri. Yelah jauh nak bawak dari johor nun. Barang semua dah bagi sesiap, so hari kejadian, dia sampai, amik barang dekat pintu belakang je. Konon-konon bawak dari johor. Tapi sireh junjung memang dorang bawak dari sana. Sebab aku malas nak buat.



Basically hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki adalah 7 sahaja iaitu :


Buah-buahan
Baju Kemeja & Songket
Agar-agar kering (sponsor by aunty sabariah)
Macaroon (Sponsor by emieza)
Coklat (Sponsor by saudagar coklat langkawi)
Cupcake (Sponsor by nadia)
Sireh Junjung * tiada gambar













Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan pula ialah :


Cincin & 10% duit hantaran
Buah & Coklat (Sponsor by saudagar coklat langkawi)
Kek
Kain Pasang
Sireh Junjung





Dulang hantaran pinjam emieza punya 9 dulang. Lagi 4 dulang, sewa . 1 biji rm10. Pegi amik dekat rumah akak tu, dah setel pulang balik. Senang. Tak payah beli. Dah jimat duit dekat situ.


 DOORGIFT
  

|  Choc Bubblerice |

Doorgift  ni sesaja bagi dekat orang datang. Buat sendiri. 4hari sebelum majlis dok kerjakan buat doorgift. Tak banyak pun. Dalam 250 balang. Tapi aku je makan dah berapa!  



PHOTOGRAPHER 

| ankl.co |


keputusan last minit nak ambil photographer sebabnya kang tak dapat gambar yang best. Nak harapkan gambar orang, apelah sangat. Jenuh jugak cari Tanya member, semua busy. Yelah, 1 may. Ramai orang kawen, nikah, tunang, balik kampong kan. So tah macam mana, tengok Instagram, macam berkenan hasil gambar dia amik. Lama jugak dia balas emel aku tu. Sudahnya aku amik shoot and burn sajork. Jimat. Tak payah nak album bagai. Album boleh buat sendiri. Dah jimat jugak tu boleh pilih gambar mana yang Nampak kurus, Nampak gemuk.


Enjoy’s hasil gambar sekitar majlis pertunangan



















1 pujaan hati:

kaem on July 27, 2015 at 4:07 PM said...

wahhhhh..tahniah kak mai!!!!

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com