30 July 2015

MaisarahNakKawen : Checklist

di taip oleh Myee at Thursday, July 30, 2015 0 pujaan hati
Kurang dari 115 hari lagi aku nak kahwin. Aku rasa banyak benda tak setel lagi. Tetiba jumpa checklist dari ex bride kahwin betul-betul bolehlah jadi guide mana yang tercicir.
Jom kita semak!

Mungkin masa aku agak terhad sebab bulan 5 baru bertunang. So banyak benda nak fikir. 

6 Months Before Ceremony (MAY)
Tentukan tarikh & hari perkahwinan – 20 November 2015 (nikah) & 21 November 2015 (resepsi)
Booking for MUA (solemnization) –  BELUM LAGI!
Booking for MUA (reception) – Wedding Galore
Booking for OP – Sweetpicture
Booking for OV - 8lism
Catering for Solemnization – BELUM LAGI! (parent setelkan)
Catering for Reception - BELUM LAGI! (parent setelkan)
Solemnization’s place – Home sweet home, Bandar Tasik Selatan
Reception’s place – Dewan Sapura
Solemnization theme – Off White & Colorful :p
Reception theme – Mint Purple 
Family theme for bride side – Indigo Purple
Family theme for groom side –
Listdown barang hantaran for both side - Done
Start cari baju nikah – Done 
Start cari baju untuk majlis resepsi – Done 
Start cari kad jemputan reception – BELUM LAGI!
Buat tempahan Tok Kadi - BELUM LAGI!
Emcee for majlis resepsi – BELUM LAGI!
Mencari tukang cakap for both side - Ustaz Radzi
Survey Nikah Favor - BELUM LAGI!
Survey Reception Favor – IKEA
Mencari kompang – BELUM LAGI! (nak contact emi ayam)


5 Months Before Ceremony (JUN)
Membuat tempahan kad-kad jemputan - BELUM LAGI!
Bunga pahar - BELUM LAGI!
Favor nikah & resepsi - BELUM LAGI!
Entertainment for resepsi - Tak perlu Kot
Entertainment for nikah  -  BELUM LAGI!
Pengapit lelaki -
Pengapit perempuan -
Guest List - Done
Mencari kasut nikah - Tak perlu kot
Mencari kasut sanding - Wedding Galore
Memikirkan konsep walkaway - Wedding Galore
Memikirkan konsep centerpiece - catering fikirkan! 
Flowergirls - Bff & Cousins

4 Months Before Ceremony (JULY)

Hantar kain nikah untuk jahit - BELUM LAGI!
Membeli tudung nikah - BELUM LAGI!
Plan for honeymoon - Done
Mencari tempat tinggal utk family lelaki - V Hotel
Mencari Bunga Manggar - Tak perlu Kot
Mencari tukang pembuat hantaran - Assume Done sebab Makcik-makcik tolong / ada duit lebih, tempah je lah

3 Months Before Ceremony (AUGUST)
Mula menghias bilik pengantin - 
Mula tulis nama pada kad jemputan - 
Sediakan text ucapan untuk majlis resepsi - 
Montage untuk majlis resepsi - under construction
HIV Test -
Menghantar borang lengkap permohonan kahwin - 
Membuat guestbook & bunting - under construction

2 Months Before Ceremony (SEPTEMBER)
Mengedarkan kad kahwin & nikah - Done
Final fitting baju nikah - 
Fitting baju resepsi - 
Senaraikan lagu-lagu untuk PA System - under costruction
Tempah tag nama for family members - 
Final check for OP
Final check for OV
Final check for wedding cakes
Final check for MUA (sanding, nikah)
Final check for wedding favor
Final check for wedding entertainment

1 Month Before Ceremony (OCTOBER)
Final fitting baju
Final check for accessories nikah
Final check for accessories resepsi
Final check for accessories bertandang - lambat lagi.Lepas balik honeymoon baru fikir
Final check untuk bunga tangan
Final check untuk kompang
Discuss dengan pengapit
Bakul dan bunga untuk flower girl - under construction
Cari kayu untuk buat landmark - cari banner
Final check untuk tema family
Mencari inai -

2 Weeks Before Ceremony

Senaraikan tugasan
-          siapa penyambut tetamu
-          siapa yang menjaga hadiah
-          siapa yg berada di kaunter pendaftaran
-          siapa yang berada di guestbook corner
-          siapa yang kasi bunga telur
-          orang2 penting majlis
Check pintu & lock bagi mengunci pintu pd hari majlis bagi mengelakkan kejadian tidak diduga.
Pastikan PA System dah berada di rumah
Final check for video montage
Ambil bunting & banner
Discuss denga katering
Final meeting dengan wedding planner
Buat rawatan facial muka &spa

5-2 Days Before Ceremony
Buat rawatan rambut
Buat rawatan kuku
Pacak banner, landmark & bunting sehari before majlis
Buat inai tangan
Pastikan mini pelamin 70% siap 4 hari b4 majlis
Pastikan bilik tidur dah tersedia
Pastikan wedding favors dah siap
Pastikan hantaran dah siap
Pastikan bunga manggar dah tercucuk rapi
Pastikan baju dan lain2 dan diasingkan & digantung
Rehearsal di dewan sehari sebelum majlis
Buat rawatan gigi (scalling)
Pastikan barang2 yang digunakan sehari sebelum majlis dah dibeli
-          timun (untuk mata)
-          ice (untuk muka – biar makeup tahan lama)
-          madu (bibir)
-          limau nipis (mandian)

THE BIG DAY
Sarapan pagi
Make sure hantaran dah ada 6 jam before majlis
Makeup start at XX am– nikah
Makeup start at XX pm – resepsi
Nikmati hari bahagia! SELAMAT PENGANTIN BARU! 

26 July 2015

MaisarahDahTunang : Official Story

di taip oleh Myee at Sunday, July 26, 2015 1 pujaan hati
Assalamualaikum..


Alhamdulillah, its been 7 year we've known each other and with Allah's bless, may the seeds of love will grow beautifully towards the end of this year, and forever and ever insyaAllah.


Dengan izin Allah, restu kedua-dua parent, alhamdulillah, Majlis Pertunangan kami telah berlangsung rumah keluarga pada 1 Mei 2015.





MINI PELAMIN

| Golden Image |




Majlis Pertunangan ni saje gegedik nak mini pelamin. Nak yang murah, simple dan elegant katanya. Teringat kawan sekolah ada buat pelamin, so contact la. Support member. Memula dia aku taknak la bunga banyak. So dia bagi bunga sikit je untuk letak kiri kanan. Tapi sebab badan besar, so tak dapat nak mencover badan aku, jenuh memalam tu dia sanggup tukar bunga lain. Pasang pelamin tu Khamis petang. Mula start nebes weh!  Tambah tempat letak hantaran bagai. Memang macam pelamin nikah orang kata. Ikutkan hati nak menikah terus :p


CATERING

| Saujana Catering, Seremban |

*ni je gambar yang ada. Lauk pauk takde :(

Untuk makanan pulak, memang sebelum ni dah penah rasa menu dia. Alah yang incharge pun sedara sendiri. Lauk pun lauk kampong. Aku memang suka lauk-lauk macam tu. Berselera aje aku tengok orang makan.

Sambal Udang Petai (Favorite Bride!)
Daging Salai Masak Lemak
Ayam Goreng Berempah
Nasi Putih
Ulam-Ulam
Sambal Belacan
Karipap & Kuih muih



Selain menu biasa, kitaorang ada jugak buat steamboat. Beli ball semua dekat kajang, buat kuah macam johnny’s. Puas orang makan. Memang makanan banyak jugaklah. Ada candy buffet bagai. Dengan orang dating bawak kuih-muih.

 HANTARAN

| Makcik & kazen |

Hantaran kami decided buat 5 dulang berbalas 7 dulang. gubahan bunga hantaran pula aku guna fresh flowers (rose / eustoma / paku pakis) mengikut warna pilihan sendiri. hantaran untuk kedua-dua belah pihak ni buat sendiri. Yelah jauh nak bawak dari johor nun. Barang semua dah bagi sesiap, so hari kejadian, dia sampai, amik barang dekat pintu belakang je. Konon-konon bawak dari johor. Tapi sireh junjung memang dorang bawak dari sana. Sebab aku malas nak buat.



Basically hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki adalah 7 sahaja iaitu :


Buah-buahan
Baju Kemeja & Songket
Agar-agar kering (sponsor by aunty sabariah)
Macaroon (Sponsor by emieza)
Coklat (Sponsor by saudagar coklat langkawi)
Cupcake (Sponsor by nadia)
Sireh Junjung * tiada gambar













Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan pula ialah :


Cincin & 10% duit hantaran
Buah & Coklat (Sponsor by saudagar coklat langkawi)
Kek
Kain Pasang
Sireh Junjung





Dulang hantaran pinjam emieza punya 9 dulang. Lagi 4 dulang, sewa . 1 biji rm10. Pegi amik dekat rumah akak tu, dah setel pulang balik. Senang. Tak payah beli. Dah jimat duit dekat situ.


 DOORGIFT
  

|  Choc Bubblerice |

Doorgift  ni sesaja bagi dekat orang datang. Buat sendiri. 4hari sebelum majlis dok kerjakan buat doorgift. Tak banyak pun. Dalam 250 balang. Tapi aku je makan dah berapa!  



PHOTOGRAPHER 

| ankl.co |


keputusan last minit nak ambil photographer sebabnya kang tak dapat gambar yang best. Nak harapkan gambar orang, apelah sangat. Jenuh jugak cari Tanya member, semua busy. Yelah, 1 may. Ramai orang kawen, nikah, tunang, balik kampong kan. So tah macam mana, tengok Instagram, macam berkenan hasil gambar dia amik. Lama jugak dia balas emel aku tu. Sudahnya aku amik shoot and burn sajork. Jimat. Tak payah nak album bagai. Album boleh buat sendiri. Dah jimat jugak tu boleh pilih gambar mana yang Nampak kurus, Nampak gemuk.


Enjoy’s hasil gambar sekitar majlis pertunangan



















20 July 2015

MaisarahDahTunang

di taip oleh Myee at Monday, July 20, 2015 0 pujaan hati

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com