23 December 2015

Budget Trip Kota Kinabalu :Day 3

di taip oleh Myee at Wednesday, December 23, 2015 0 pujaan hati
Tiket nak ke pulau dah beli. Pagi tu budak-budak ni bangun lambat. Siap sume dekat pukul 9. Bila sampai je jetty, hujan lebat gila! Dah siap pakai baju swim. Hujan siap dengan kilat bagai tu. Tiba-tiba pulak tu. Dengar cerita yang dah sampai pulau tu, tak tahu apa nasib. Kalau ada tempat berteduh, nasib baik la.

Bincang dengan orang tiket tu, dia bagi refund. Yela takut jugak benda-benda tak diingini berlaku dengan laut bergelora tu. Tunggu pukul 10, hujan tak berhenti jugak. Dengan pasrah, kita refund balik duit. nasib baik dapat balik duit. kalau burn, memang bakar kaunter tu.

Siap-siap tukar baju dekat surau, amik kereta pergi masuk mall sebelah jetty tu Suria Sabah. Makan lunch sesiap. Pusing-pusing je. Tak tahu nak buat apa. Masa ni hujan lagi. Lepas tu pegi Imago shopping mall. Ala-ala KLCC, pavillion sebab banyak kedai branded. Masuk kate spade, rasa nak menangis tengok handbag dia. Dahla kaler soft pepel. Time tu kan nak kawen, so tergoda jugak la dengan handbag 1k. Matilanakkkk handbag je pun. Baik beli tiket flight. 

Memang takde aktiviti langsung. Sangat bosan. Flight dah la malam pulak tu. Hujan masih membasahi bumi. Apalah nasib..

Pegi pasar filipin sebab ada duit snorkling tak jadi tu. Dok soping beli makanan la. Brooch, gelang mutiara orang kirim. Aku lemah betul part orang kirim ni. Yelah duit tak berapa nak ramai, nak kirim pulak. Tak reti aku nak pilih. Kot taste lain pulak. 


Hujan dah reda, pergi tanjung aru. Acah-acah tengok sunset. Tapi sunset dia.... Mungkin cuaca tak berapa nak best sangat. Entah. Tapi ending percutian tak berapa nak best sangat. So memang kena repeat lagi!




Sebenarnya budak-budak lain budget murah lagi dari aku. Ni mak aku nak butang baju melayu la, kuih cincin la, terubuk lah. dalam rm200 lebih camtu leh kalau memang korang pandai budget. 

Gambar last day ni tah nape takleh upload dari google drive tah. Nanti upload lain.

22 December 2015

Budget Trip Kota Kinabalu :Day 2

di taip oleh Myee at Tuesday, December 22, 2015 0 pujaan hati

Pagi tu tak sempat kejar sunrise. Sebabnya terlajak tido. Aku uzur, so boleh tido lama sikit. Lagipun malam tido awal. Pukul 10 macam tu dah lelap. Takdela nyenyak sangat sebab sejuk. Dok tarik-tarik selimut dengan budak-budak ni. Lagipun katil single tu bising. Nyoknyek nyoknyek sebab qila tak selesa tido. Pagi tu dia sakit perut. Macam keracunan ke ape tah sebabkan nasi goreng tu. 

Masa dia makan macam dah ada bau. Aku pun ada makan nasi ain malam tu. Tapi sesuap dua je la. Dah ada bau sikit. Qila mandi lambat, so makan lambat la. Dalam bau-bau tu, abis jugak rasanya. Memula dia berak-berak, lepas tu muntah. Dah sampai part muntah tu takut jugaklah. Lama jugak dia dalam bilik air, kitaorang dah risau-risau apa nak buat. Klinik pun tak tahu dekat mana. 

Plan asal pagi tu nak pegi Poring Hot Spring. Dah kejadian tak diingini berlaku, tunggu qila sihat sikit baru gerak.



Dekat belakang kiram tu memang boleh nampak dah Gunung Kinabalu. Dekat je. Masa gegaran dulu, sini memang ada effect jugak. Jalan nak ke kiram pun sebenarnya retak. Tapi selamat lagi la nak pergi. Donkey ears dah tak berapa nak donkey pun boleh nampak dari sini. 


Pusing-pusing amik mood pagi dekat kiram



Selain kiram, ada banyak lagi chalet. Ikut la nak tinggal mana. Kinabalu view chalet ni dalam kawasan kiram jugak. Lagi besar dan cantik sikit.





                       
konon nak buat hand bouquet. Jenuh nak mencari dekat KL. Jalan-jalan situ nampak cafe dia bukak pulak. Makan la kita

                              

Rupanya malam bukak jugak. Kenal call orang tu suh bukak kedai! Dah kedai ko golap yo. Mana nak tau.



Megi goreng egg with love from kundasang. cewah!!

Qila dah berehat sepenuhnya dan cargas untuk menyambung percutian, kami terus ke ladang lembu. Masuk kena bayar RM5 sorang. Ada beberapa ekor je lembu menyambut kitaorang. Tapi lembu tu macam props. Tak gerak-gerak pun dari situ. 


qila didepan seperti sudah sihat nampaknya! haha





cubaan nak bagi kambing makan. tapi penakut. sememangnya aku takut dengan binatang!



lembu ni dok rebut-rebut minum susu. lepastu gigit pulak botol tu. notty betul. Dok mengadap lembu dengan kambing tu, tetiba hujan turun dengan lebatnyaaaaaaaa.. Apa boleh buat, tunggu hujan berhentilah. Lembu dekat luar tu pun takde nak amik gambar. Sedih betul. Memang kena repeat lagi pergi sini sebab tak puas jalan.



Susu RM5

Dah hujan rintik-rintik, lari ke kereta nak ke kundasang war memorial pulak. tak pernah nak jenjalan sambil belajar sejarah, kali ni singgah pulak sebab ni on the way nak ke kota kinabalu je. Bayar RM2 je pun. 




First memorials to commemorate the brave Australian and British Prisoners of War who died in Sandakan and during the infamous death marches to Ranau during World War II. The memorial also remembers the people of North Borneo who risked their lives to help the POWs



Dekat sini ada Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden and the Contemplation Garden and Poo. Tapi takdelah aku amik gambar gardens tu pulak. Ni pun sebab ala-ala hobbit. 

Dalam pukul 12 lebih, perut dah lapar, singgah kedai makan ni. Dekat-dekat dengan kedai H tu lah. Kedai ni macam ramai orang, tapi lalat diaaaaaaa kemain lagi meriah. Aku order sup sebab tak selera sangat nak makan. Masa dia hantar makanan tu, aku ternampak 'something'.  Mungkin aku ada terniat kot janganlah ada mende alah tu. Rupanya memang ada dekat sup aku. Nasib dia dekat atas. Boleh nampak. Kalau kat bawah, pas baton qila kat aku pulak lah. Something tu adalah telur lalat. Aku mula-mula tak berapa ingat rupa dia. Tanya budak-budak ni, lagi lahhh tak tau. Siap google untuk kenalpasti. Memang SAH!

Aku panggil budak tu suh amik. Aku taknak makan. Memang putus selera aku masa tu. Dah siap budak-budak ni makan, nak acah-acah posing berlatarbelakangkan gunung kinabalu, tetiba datang ada mamat ni nak ngorat ain pulak. Dok mintak nombor tepon. Ain tiba-tiba cakap 012-.... eh aku terkejut budak ni cakap 012 pulak. padahal nombor dia 016.... Dok bagi isyarat mata, cepat-cepat gerak masuk kereta. Masa dah gerak tu, budak tu panggil sebab tak dapat call katanya. Ain bukak tingkap kata bateri takde la tu la. Takut juga budak tu ikut, laju ain drive masa tu.





Nak masuk ke kinabalu apa tah nama ni kena bayar. kitaorang punya la cheapskate, sanggup uturn turun tak jadi nak masuk. Dekat bawah ni pun jadilah bergambar dari takde langsung. Ni pun cepat-cepat sebab takut admirer ain tu kejar. Haha.

Kitaorang pun meneruskan perjalanan ke kota kinabalu. On the way tu da research dekat mana jambatan tamparuli ni. Tapi ni jambatan baru. Jambatan lama tempat lain. Bersebelahan dengan pasar je jambatan ni. Masa ni dia tutup pulak. Nape tah.







Dah setel jambatan, cari lokan. Kalau baca belog, mesti orang akan masukkan lokan ni. Kalau dari kundasang, dekat roundabout tu dah amik pukul 3. kalau dari kota kinabalu, akan jumpa politeknik dulu. Kawasan ni memang banyak orang jual lokan. Ada belog tu kata kedai akak *** ni sedap. (sorry dah tak ingat nama kedai kak ape tah). Pilih nak saiz apa. Kita amik RM10. sederhana dan bila kira sorang 4 macam tu. Mula-mula takut nak rasa. Ye la tak pernah makan. Bila dah rasa, sedap pulak. Rasa nak terbang je sekarang makan lokan. Nak tunggu dia masak, jenuh jugak.



* ni bukan kedai akak tu



Sampai kota kinabalu kita cari jetty. Nak beli tiket ke pulau.Tiket dah beli, terus ke hotel nak rehat sebelum mentekedarah malam terakhir di Sabah. Tapi ada kejadian tak diingini berlaku jugak pada keesokan harinya. Sedih betul. 




Hotel S** I******r. Nama biasa je. Siap ada orang cakap hotel ni area black market, bawak tukang urut naik la tu la ni la. Memang ada bad review dari orang-orang situ. Siap kitaorang nak tukar dah amik lain. Tapi lantaklahhh baru mencabar sikit, so kitaorang abaikan aje apa orang cakap tu. 


Sebabkan semalam tido sempit, harini nak tido selesa sikit sebab duit ada banyak lagi balance. Bila masuk kawasan hotel ni, memang ada ala-ala chowkit la. Masa masuk checkin tu perasaan dah rasa ok. takdelah nebes seperti orang khabarkan itu. Lif cantik, tengok bilik pun agak cantik la jugak. Bilik baru. Seperti dalam gambar dekat booking.com tu. Amik family room. Satu malam rm120. bahagi 4 orang, sorang rm30. 




toilet dia pun cantik juga, macam baru renovate 



katil untuk beradu di malam hari.


Kemas beg, rehat-rehat malam nak pergi makan seafood! 


Sini maghrib awal, so siap-siap cari makan. Lapar sebab aku tak makan lunch. Pergi area ikan bakar. Apa nama tah. Tapi tepi-tepi laut nun. 
Pusing-pusing cari kedai. Tapi sama je semua. Ni acah-acah pilih lauk nak masak apa

Makan berempat. Tapi macam 10 orang

Ketam telur masin - tak seperti yang aku gambarkan T_T

Ikan tiga rasa - baik amik ikan bakar T_T


udang butter


kailan ikan masin

sotong celup tepung.


Total makan macam kenduri ni RM108. Termasuk air buah dan nasi. sorang dalam rm27 macam tu. Tapi banyak je boleh potong kalau nak jimat. Udang tu agak-agak pilih sorang makan bape ekor. Ni terlebih ekor siap tapau. Sotong tu amik la agak-agak jugak. Ketam tu amik pun ikut la sorang makan berapa ye. banyak boleh jimat. Ni nafsu semata, Lagipun makan dengan dorang makan sikit. Geram je tengok kita je yang beria makan.

Malam turn deela pulak drive. Konon nak buli adik-adik, sudahnya semua kena drive. Qila masih lagi sakit perut. Hantar dia ke hotel, kitaorang pusing-pusing pasar filipin yang baru nak tutup tu survey dan beli sesiap barang orang kirim.

Hari ketiga kejadian tak di ingini berlaku juga!


















18 December 2015

Budget Trip Kota Kinabalu :Day 1 #sarahmakanangin

di taip oleh Myee at Friday, December 18, 2015 2 pujaan hati
Lama tak jalan-jalan, maka kami decide ke kota kinabalu. Plan nak pergi dari bulan januari 2015. So tiket mahal, kita tunggu sampai tiket murah. Maka bulan september menjadi pilihan memandangkan bulan 10 busy nak kawen dan mungkin mak aku tak bagi pergi. 

Macam biasa, flight paling awal yang murah. Maka kena keluar rumah pukul 630pagi ke ERL bandar tasik selatan. Flight pukul 930pagi. Aku sampai awal ke KLIA2, so sempat pusing-pusing cuci mata. Bebudak ni dah la lambat, siap nak breakfast bagai dekat McD. Dah la percutian budget, kang takdapat naik flight baru padan muka. Paham-paham je la AA ni macam mana. Kot datang gila dia, memang bye-bye jawabnya.
              
Perjalanan dalam 2jam macam tu. Dah la duduk sorang, bosan, aku banyak tidur. Lagipun budak sebelah aku tak reti duduk diam, mengendeng ke aku. Tak paham betul.

Kitaorang sewa kereta avanza. Sebabnya viva dah takde. So hentam je lah. Lagipun dapat murah. Viva auto sehari dalam RM110. Avanza auto dapat RM120 sehari. So oklah kan. Lagipun akak jamilah ni tak banyak songeh. Akak jamilah datang jemput dekat airport lambat. Sebabnya dia ingat kitaorang sampai pukul 1230 macam tu. Dok la pusing-pusing dekat airport KK terminal 2 ni. Bosan. Kerusi tak banyak pulak tu. Bag dah la bawak batu kot! 


Ikut itineary kekonon nak pergi KUNDASANG terus. So sebelum nak memulakan perjalanan, perlulah isi minyak dulu. Kang jenuh nak cari pump station kat sana (padahal ada je. Tapi pump station yang kecik ajelah)



On the way ke kundasang, kitaorang jumpa RUMAH TERBALIK dulu. Kalau ikut budget, memang taknak la masuk. Sebab dah semua orang kalau pegi KK, mesti singgah, maka tak lengkap la kisah KK kan. So dengan berat hati, beli tiket RM10.60. Ada GST tau! 60sen tu ha. Niat nak masuk rumah terbalik je, so abaikan la 3d museum tu. Lagipun kan budget.



Entah kome nampak ke idok harga tah. Layankan ajelah
Beratur nak masuk. Sebelum tu dengar la orang tu cerita kisah rumah ni. Seperti yang sedia maklum, memang takleh amik gambar dalam rumah ni kan. Tengok gitu-gitu je. Lagipun kecik je rumah ni. Rasa tak berbaloi. Tapi sebab dekat tempat lain takde, masuk jelah.

Kereta terbalik pun ada
Taman terbalik. Aku takde lak amik gamba dekat jamban terbalik tu. Situ-situ je boleh amik.
Dah setel rumah terbalik, sambung perjalanan ke kundasang. Masa beratur tanya budak kat situ makan dekat kundasang banyak kedai makan ke? Dia cakap banyak kedai tak halal. Wahhh. Terkejut jugak mendengarnya. Singgah shell beli air dan jajan buat alas perut. Lapar bebenor dah sebab belum lunch.


Dari Kota Kinabalu ke Kundasang tu tiba-tiba hujan lebat. Lebat sangat - sangat sampai tak nampak jalan la. Kalau aku drive tu, tak tahu lah. Lagipun jalan dia macam cameron highland tu. Bab makan memang kitaorang selalu fail dalam percutian. Selalu lupa nak survey atau study tempat makan yang ok. Yelah ingat banyak makanan halal. Rupanya tidak ye kawan-kawan. Lagi-lagi kundasang. Dalam hujan lebat tu search la tempat makan. Cari belog bagai tengok review sedap ke tidak. 



Akhirnya sampai jugak dekat dataran ni. Tak tahu apa nama dia. Kedai makan H*****H. (Nama kedai dirahsiakan sebab qila pepagi tu sakit perut teruk muntah-muntah). Beli ketiau sup RM5. Harga sama je macam dekat tempat lain. Sini pun dah sejuk-sejuk jugak. Acah-acah buat asap. Tapi tak jadi. 










Lepas makan semua, gerak ke tempat lembu. Tapi lembu dah tutup. Sebab sampai dekat pukul 5 dekat area dairy farm ni. Dairy farm ke tempat tido tak jauh mana pun. Jumpa lembu dulu baru kiram village.







budget dekat new zealand memasing. Sini pun sejuk juga. ala-ala cameron camtu la. tapi boleh tahan lagi la aku.




Setelah beberapa jam perjalanan sampai jugak dekat Kiram's Village Cabin ni. Nak book, call atau whatapps 0166950057. Aku haritu call je senang. Tapi pakcik ni suruh mesej jugak untuk confirmation. Kena bayar deposit dulu. Dia ada banyak jenis bilik. Pilih mana yang sesuai la. Tapi kena cepat. Kalau tak, tak dapat. Suasana sangat menarik dan comel. Ala-ala hobbit gitu tempat ni.

Nama bilik-bilik dia pun comel - comel. Strawberry, Asparagus, Tomato , Carrot, Cabbage, Chili, Onion lagi tah pe tah la. Mula-mula nak book Mushroom & Potato. Sebab terhegeh-hegeh buat keputusan nak tido mana, melepas la bilik tu. Dapat bilik Onion. (Hot shower dia rosak T_T)  









 Bilik dia boleh la untuk 4 orang. Katil queen tu berhimpat bertiga. Katil single untuk yang penat drive meredah hujan ribut. Dekat area sini ada kedai makan. Tapi macam tak bukak. Petang tu acah-acah pusing kawasan amik gambar konon kat obersi.






Ambik gambar bilik orang lain. Bilik sendiri tak berapa nak cantik. Huhuhu
















Dekat sini tak di sediakan tuala ye. Ada kawan tu tak bawak tuala langsung. So pergi la ke kawasan perkampungan tu cari kedai runcit jual tuala. Tapi non ada. Ada pun tuala kecik. Jadilah dari takde. Aku beli megi kot malam kebulur. Lepas tu ada jajan yang lama gila tak jumpa. 



Gigih cari port nak tengok sunset. Ni dekat tempat depan kiram tu. Macam ada platform ke apa tah. Indah sungguh ciptaan tuhan tengok langit macam tu. 

Malam tu takde buat apa. Tv pun takde dekat bilik.Dok gelak ketawa dalam bilik memekak mengacau orang sebelah honeymoon sebabnya deela kena tipu pasal hot shower. Air mandi dia memang sejuk gila. Kalau nak kencing tu, boleh beku kau punya tuuuuuttt sejuk dia! Sebabkan deela mandi last, kitorag acah-acah kata air panas dah habis. Padahal memang masing-masing mandi air sejuk macam nak jadi ais satu badan.


Oh qila dengan ain dorang makan nasi goreng dekat kedai tadi. Nasi tu banyak, so dorang tapau untuk makan malam, dan kejadian tak di ingini telah berlaku keesokkan harinya. 


Jeng jeng jeng...













 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com