13 July 2014

Tips bersihkan kipas siling

di taip oleh Myee at Sunday, July 13, 2014
Lagi lagi nak raya ni kan, dah siap mop lantai lupa pulak kipas tak bersihkan lagi. Kalau kita lap pakai kain, mesti habuk dia jatuh balik dekat lantai, jenuh nak mop. Cara senang gunakan sarung bantal. Ala yang dah tak pakai tu kan yang banyak peta, susah nak hilang, baik kita recycle. Kan jimat. 





Masukkan sarung bantal ke dalam bilah kipas tu. Lap la bersih-bersih. Habuk dia terperangkap dalam sarung tu. Dah makesure bersih, tukar ke bilah lain pulak. Masa nak masuk ke bilah lain tu, pastikan habuk yang ada kat dalam tu tak jatuh ke lain. Kalau tak, sia-sia jugak. 


Aku dah cuba. Korang bila lagi. Nak raya ni, kang ramai orang datang rumah, kipas pulak slow, mau becak ketiak! 

1 pujaan hati:

kaem on August 5, 2014 at 11:38 AM said...

(y)

ini cool! info yg berguna..apehal lps raya bru baca..kikiki

Post a Comment

Layan maisarah membebel

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com