20 August 2012

Bila raya ke 2

di taip oleh Myee at Monday, August 20, 2012 0 pujaan hati
Duduk rumah je tak g mana2. Bosan betul. Mak ayah puasa. Kawan semua dekat kampung so duduk rumah bangun makan ketupat,tengok tv,tido, tengok tv, tido.
Semalam dah abis raya dekat somban. Rasa macam nak pergi raya dekat ikea lah esok!
Published with Blogger-droid v2.0.6

14 August 2012

Bila boipren jauh dimata

di taip oleh Myee at Tuesday, August 14, 2012 0 pujaan hati
Camni la perangai bila nak beli baju. Beria nak videocall nak suruh tolong pilih baju dia. Banyak kali call. Pening aku. Tapi layankan aje. Yela tak balik raya kan. Tapi aku ok je. Belum laki bini laki so okey lah. Dah kawen sok tak balik aku yang pergi sana kot. Motif nak berjalan. Begini la dugaan PJJ (percintaan jarak jauh) dah la turun senai naik pun dekat senai. Tak menyabor beli tiket lagi. Selamat shopping raya!
Published with Blogger-droid v2.0.6

10 August 2012

Bila bergurau tak bertempat

di taip oleh Myee at Friday, August 10, 2012 1 pujaan hati
Haritu download apps camera ape tah saja test. Sekali kuar HANTU. Cuba tengok pic tu. Bapak aku siap panggil ustaz bagai ok.
Aku dok main2. Lepas tu kena marah. Okbai
Published with Blogger-droid v2.0.6

08 August 2012

Bila bercakap tu kena fikir dulu

di taip oleh Myee at Wednesday, August 08, 2012 0 pujaan hati

Ok aku serabut dengan hal duniawi sekarang. Macam-macam hal. tu lah  ni lah, takleh itu lah takleh ini lah. Stress aku di buatnya. Bosan dengan masalah2 manusia. Tu kadang-kadang suka buat hal sorang2. tak yah fikir pasal orang lain

Published with Blogger-droid v2.0.6

07 August 2012

Bila berline

di taip oleh Myee at Tuesday, August 07, 2012 0 pujaan hati

Hmm aku dok gatal update apps line aku. Update contact pastu kuar nama pompuan tu. Hmmm. Mesti boipren chat or msg ke call pompuan tu kt situ. Hmm yela lau mesej kt celcom kuar bil kantoi aku tengok.. Hmm takpelah.. Redha.. Pasrah.. Tahla..xpe de rezeki jodoh tak kemana. Takde xpelah.. Malas nak fikir dah

Published with Blogger-droid v2.0.6

06 August 2012

Bila tengok bersamamu umrah

di taip oleh Myee at Monday, August 06, 2012 0 pujaan hati

Balik kerja tadi awal. Biasalah coding tiba-tiba problem. Malas nak fikir balik. Tengok tv ada bersamamu pergi umrah. Dah pasang niat nak pergi sana dengan bakal suami. Yelah mulakan hidup bersama nak la keberkatan hidup rumah tangga,keharmonian semualah. Tengok dorang pakai ihram, sayu je rasa. Tengok dorang baca doa selamat tinggal untuk Rasulullah meleleh airmata sebak. Taktau lah aku kat sana nanti macam mana. Sendiri rasa. Dorang tinggalkan madinah pun nangis,aku pun nangis. Taktahulah.. Hati meronta-ronta nak pergi. Selalu doa cepat kawen sebab utama nak pergi umrah. Duit hantaran guna separuh nak pergi umrah lah nanti. Tak sabar rasanya nak alami perasaan walaupun berdebar

Published with Blogger-droid v2.0.6

04 August 2012

Bila bertarawih malam ke 15

di taip oleh Myee at Saturday, August 04, 2012 0 pujaan hati

Tadi pergi terawih berjemaah dekat surau rumah ni. Nasib baik tak jumpe kekasih lama. Yela ade sehari tu dia datang pulak. Nebes i. Lagi dok dekat dengan pembahagi ruang. Kebetulan aku saf depan. Mak aku cakap eh tu */+-/ kan.. Aku wat bodoh je. Malas nak layan. Tadi imam tarawih budak THAFIZ anak jiran tetangga lah kan. Terlupa ade baris ayat tu. Mula hilang khusyuk aku. Tadi penceramah tu maybe lambat or sewaktu dengannya. Buat witir terus la. Aku nak balik ada seorang hamba ALLAH tegur tanyakan surau tu. Muda. Dia yang akan bagi ceramah tu. Aku mula lah berangan kot ALLAH tuliskan tu jodoh aku. Yelah malam ke 15 aku jumpa bakal imamku kan (baca kat boipren mau merajuk) kot malaikat ke kan. Sian dia naik teksi. Aku pergi teman mak amik ubat then sanggup pergi surau tu balik dengar ceramah ustaz tu tadi. Boleh tahan ustaz ni. Masih belajar dekat Al-azhar.. Tiba tiba teringat cerita ketika cinta bertasih tu.. Tahla asyik berangan je aku sekarang

Published with Blogger-droid v2.0.6

03 August 2012

Bila cerita pasal curang

di taip oleh Myee at Friday, August 03, 2012 0 pujaan hati

Bukan nak kata curang ke apa kadang-kadang tu kita perlu berkawan dengan lain jantina jugak. Tapi aku ni jenis yang rimas sikit kalau berkawan, kawan je lah. Tak payah nak mesej tiap-tiap hari nak caring sangat. Tak perlu nak jadi baik hati ke ape ke. Kadang tu kalau melayan sangat, macam-macam jadi. So had kan masa untuk benda berfaedah. Kalau nak mesej, sehari cukup la satu dua. Tak perlu nak panjang berjela cakap kau makan apa, baju apa, berak ke belum tu semua. Tak perlu. Kalau setakat mesej mengedik taip hikhik, tak kuasa aku nak reply. Lagi kau melayan, lagi senorok yang di sana ingat kau syok dekat dia. Please lah. Tetapkan dalam hati jiwa, semua orang tak suka di permainkan. Hidup ini senang. Cuma kita letakkan diri kita dalam situasi ini, contoh kalau kau dapat tau GF/BINI kau dok mengatal dengan orang lain, apa perasaan kau. Sama macam GF/BINI kau rasa bila kau dok mengatal dengan orang lain juga. 

Hidup ini karma!

Bila tiba hari jumaat

di taip oleh Myee at Friday, August 03, 2012 0 pujaan hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

01 August 2012

Wordless wednesday

di taip oleh Myee at Wednesday, August 01, 2012 0 pujaan hati

Yeay.. Menang!!

Published with Blogger-droid v2.0.6
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com