29 May 2011

Dalam dilema

di taip oleh Myee at Sunday, May 29, 2011 2 pujaan hati
pejam celik,pejam celik nak masuk 6 bulan aku kerja dekat company tu. lagi 5-6 bulan lagi aku harus bertahan. dan selama 6 bulan aku tak de la menabung banyak sangat demi masa depan yang lebih terjamin. mana tak nya, hutang pendidikan diploma masih berbaki lagi. cepat-cepat lah habis boleh nak berangan guna Iphone ke BB torch ke. ye la handphone yang ada kejap-kejap mati. ada hantu apa. sebab dekat rumah je ko nak mati. dekat luar, tak de pun. tak paham lah dengan telefon ni. rasa nak campak dekat dinding pun ada jugak. tapi tu yang ada, sabar je lah.

aku masih dilema sebab aku tak berapa nak faham job description aku sebenarnya buat apa. ye lah, kejap programmer, kejap webmaster, kejap translator. yang part programmer tu tak abis dengan liferay, nak buat migration la sampai aku tiba-tiba dapat migrain. yang part webmaster pulak sibuk dengan content tu lah ni lah. yang part translator tu, bosan sikit sebab nak translate BM ke BI maka aku pun guna la jalan pintas guna google translate. pastu adjust la kasi sedap sikit ayat dia. hahaha. yang tak boleh blah, staff dekat situ pandai memilih untuk bagi orang yang siapkan kerja mereka. almaklumlah ada yang lembab aka slow, ada yang tak paham-paham orang cakap. susah kerja dengan orang macam tu,elok leh buat kejap bila involve orang tu, maka berharian lah mende tak settle sampai kena stayback. pastu tak leh claim. memang macam hahahahraaam lah. senang je cakap kitorang ni pangkat executive takleh claim. lain la pangkat clerk. tapi buat keja macam kuli kot..

takpelah..nak buat macam mana. memang kuli...

p/s: rasa macam nak buka company sendiri je buat la freelance pape pun. malas nak bangun pagi hadap jammed pagi-pagi. kerja dari rumah lagi bagus. tapi bukan umah yang sekarang duduk ni ye. kang lagi serabut dengar orang dekat rumah membebel.

Lily Kawen

di taip oleh Myee at Sunday, May 29, 2011 0 pujaan hati
Lagi sorang kawan satu dorm D4 dah kahwin. rasa macam ramai je yang dah kahwin. ke semua ada 24orang. yang dah kahwin ayu,iera,linda topo, ros,lily, as, linda. Yang dah tunang pun ada gak. tapi yang peliknya side katil aku, sorang pun lom ada ura-ura la nak naik pelamin ke tunang. dah sampai seru dorang, nak buat macam mana. aku ni pun tah bila.

mula-mula macam malas nak pergi. tapi fikir punya fikir, pergi jelah. Dalam area KL Selangor je. Jalan bukan tau sangat pun maka ikut lah signboard. lagipun orang bagi kad, kita pergi la. nampak bersungguh sikit dia mengajak dari yang dok tag dekat FB tu. tak berapa nak berkenan sangat cara tu. yela macam nak taknak menjemput je.


tu dia arah ke rumah dia. nama macam anak sazzy falak pun ada gak Lily Iman

yang lawaknya masa makcik yang bagi doorgift tu, boleh pulak melayan nak bagi ikut kaler baju. siap boleh bertekak dekat situ sebab nak matching kan gift dengan baju. lagipun nasib la ada yang lebih kurang.
kawan yang datang pun tak ramai mana. 5 orang je dari 23 orang tu. tapi takpe lah. janji ada dari takde.


congrats Lily semoga berbahagia bersama suami tersayang


p/s: aku ni tah bila tah. nak kahwin kena pakai duit banyak tu. mana nak cari?? makan maggie lah hari-hari nak jimat duit punya pasal. tapi maggie sekarang pun dah mahal...

21 May 2011

Jalan- jalan PPUM

di taip oleh Myee at Saturday, May 21, 2011 0 pujaan hati
Program Corporate Social Responsibility (CSR) kali ini lain dari yang lain. Ye la sebelum ni asyik orang datang bagi ceramah je, so kali ini kita keluar pula. Baru la nampak dan alami dunia luar. Padahal malas nak wat kerja. Sebelum pergi melawat, kena la bawak buah tangan sikit.. so discus nak beli itu la, ini la. maka ini la barang yang di beli. besin untuk apa aku pun tak berapa nak faham. layankan je la.


hari yang di tunggu sudah tiba. Kami akan melawat ke wad surgical. dari yang aku faham, wad tu adalah wad untuk orang yang akan dan telah menjalani pembedahan. Sebelum itu, dengar briefing dari Sahabat PPUM apa pantang larang dan tindakan yang boleh dilakukan.



 yang tak syok sangat sebab macam kelam kabut sikit. tapi sekurangkurangnya dapat lah beramah mesra dengan pesakit dan melihat keadaan mereka.



selepas sesi lawatan, kami di jamu egg tart. sangat sedap sampai aku membaham 3biji kot..



sampai dekat ofis dalam pukul 5 gitu. tapi kena buat kerja juga sebab ofis hour 9pagi sampai 530 petang. memang spoil. nape lah tak round lama-lama..


p/s : rugi tak mintak nombor fon dokter handsome dekat situ

 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com