21 March 2011

Jalan ke melaka

di taip oleh Myee at Monday, March 21, 2011 1 pujaan hati
sabtu lepas, plan punya plan, sampai juga kami ke melaka. kami tu aku dengan nadia. dah lama tak naik bus, rasa seronok gila. macam dulu-dulu balik dungun. seronok sebab dapat keluar dari KL kot. serabut je dok KL ni. hati gembira tak terkata. naik bas dekat TBS la. mana lagi kan kalau ke arah selatan tu. yelah hari itu hantar mr.KA dekat TBS, kali ini aku pulak yang pergi. bapak aku hantar ye dekat TBS tu. macam budak kecik nak pergi trip sekolah. kemain beria tunjuk kaunter tiket. baru nak try dekat yang leh touch screen macam mr.KA tu boleh menang myvi. mana tau.

kuala lumpur ke melaka 2jam je. excited gila dapat jumpa emieza. dapat naik JJR. rindunya masa dekat dungun dulu. turun dekat melaka sentral la. mana lagi.

kurus melengking ko nadia. menci!

dulu ada baca dekat belog emieza pasal coconut shake klebang. so macam impian jadi kenyataan lah bila dapat minum. memang sedap gila sebab dia pakai aiskrim vanilla walls. sedap wei.. lepastu rasa ketul-ketul isi kelapa tu. memang terbaik lah. tak macam dekat dungun. aiskrim murah je. rasa pe tah. susah nak describe.


lepas tu pergi beli cucuk-cucuk. alar yang macam yong tau foo tu. yang orang jual dekat van tu.. yang 1 cucuk seringgit tu. kemain dok berebut nak telur puyuh. dah beli makanan, pergi lepak dekat chalet pe tah. ada swimming pool. kalau tau, boleh aku swim. duduk lepak mengadap pantai. tapi rindu gila pantai dekat dungun. tah hantu air apa tah yang panggil aku dekat sana asyik teringat je dungun tu. masing-masing simpan perut nak makan ikan bakar malam tu. konon aku belanja~
malam tu stay dekat homestay parents emieza. alar yang dekat air keroh tu. Air Keroh homestay nama diberi. memang cuti-cuti malaysia lah kitorang. rasa macam bujang kembali. poyo gila macam dah kawen. bujang means duduk sama-sama dengan kawan-kawan. tak macam sekarang. duduk dengan family. alahai.. orang lain umur macam ni dah beranak 2-3 kot. kitorang ni je tak. rumah tu ada tiga bilik. aku tido dengan nadia. saje lama tak manja-manja. tapi emieza tido bilik lain pulak. macam tak biasa nak selit-selit pulak.

lepas maghrib gitu, perut dah lapar, pergi lah menjejaki kedai ikan bakar. tak pergi umbai pun. pergi dekat area duyung. rasa sama je lah kot. kemain pilih ikan, udang dengan sotong. padahal tak reti pun. buat-buat reti aku dengan emi. dekat situ ikan tu boleh masak sebelah lain. kitorang amik siakap. sebelah masak tiga rasa, sebelah lagi bakar. udang goreng butter (tak rasa butter pun!), dengan sotong celup tepung dengan lagi kailan ikan masin. memang puas lah ditambah dengan nasi lemak pulak.

muka kebosanan tunggu makanan.

harga makanan dia, mak ai.. terkejut beruk aku. almaklumlah, selalu orang yang belanja. kali ini aku pulak yang keluar duit. tapi tak kisah pun. janji semua happy kenyang perut. next time tak leh nak order udang banyak sebab udang mahal. alahai~ feveret tu.

dah kenyang pusing melaka. tengok lampu. lalu dekat bangunan merah,kapal besar tu, eyes on malacca, kampung kecik lagi comel tu, jonker walk. bes gila dapat pusing-pusing. nak keluar kereta takut sebab semua perempuan. memang happening lah melaka. nak duduk sana boleh?

sebenarnya tujuan pergi melaka bukan saja-saja. pergi azreena tunang. kang merajuk pulak kitorang tak datang, sambung nanti pasal azreena tunang ye

05 March 2011

Mari berPingpong di opis

di taip oleh Myee at Saturday, March 05, 2011 0 pujaan hati



Seperti yang sedia maklum, kerja dekat ofis tu, belum melambak lagi melainkan geng java. Sibuk dok pulun abiskan training. geng aku relax je la. tak payah nak gelabah mau traning hari-hari. lagi pun geng java skema. ok la tu sesuai dan budget bagus gila. meluat ok. macam diaorang paling hebat. lantaklah. janji aku bahagia

pasal meja pingpong ni, tak tau lah budak lelaki rembat mana. mula-mula, ruang sangat lah limited. dapat bukak sebelah meja je. entah macam mana, dapat port baik punya dekat mesin fotostat tu. apelagi, dorang sanggup tak pergi lunch, balik lewat untuk tunggu turn. bukan lelaki je. perempuan pun sama. dari yang tak reti main, terus boleh main. alar tapi takde hebat pun. janji pukul. macam main tennis ada, badminton ada squash pun ada.

port baik untuk main pingpong


dan..

meja pingpong telah di bawa pergi..

maka selepas itu, hari-hari mendatang telah dipenuhi dengan aktiviti,




siapa tido paling style??

mulakan dengan ini dulu. siap mimpi cloud 9 lagi..






dan ini


dan ini , ini


dan ini juga...



semua pose tido sepesen jek..


tapi dorang tak boleh challange orang-orang dekat zon bantal..
 

Designed ByMaisarah| 2011-2013 inimaisarahpunya.blogspot.com